Thursday, May 21, 2009

Seni Itu Subjektif

Sekolah rendah, aku mula mengenal dan belajar muzik. Aku suka. Alat muzik pertama yang aku pelajari, rekoder. Kemudian melodian dan alat-alat muzik yang mudah seperti kayu tik tok, klastenet dan yang sewaktu dengannya.

Kemudian aku tumpukan perhatian aku pada pelajaran. Aku ingat aku sudah tidak berpeluang lagi belajar tentang muzik atau seni. Rupanya masih ada peluang.

Aku masuk ke sekolah menengah. Aku ingin belajar bermain alat muzik. Gitar? Ramai sangat nak main. Maka aku cuba untuk belajar bermain piano. Kebetulan aku berkawan dengan Cop dan Sukun. Kembar yang genius. Mereka tidak pernah masuk kelas piano pun. Tapi mereka memang hebat dalam bidang muzik atau seni. Merekalah yang mengajar aku bermain piano. Ketika ini aku tingkatan 3.

Tapi agak sukar untuk bermain piano kerana ianya terletak di dewan. Maka aku belajar juga bermain gitar daripada rakanku, Fuad dan kembar tersebut.

Tingkatan 4, aku masuk pasukan nasyid sekolah, Gema Sufi. Ini kerana kembar tersebut menjadi pelatih dan juga ahli. Di dalam nasyid, aku mula belajar vokal. Menarik. Serius menarik. Nasyid macam choir juga. Ada lapisan suara. Ketika itu aku menjadi backup vokal kerana suaraku boleh menjadi bass dan soprano.

Aku juga belajar bermain kompang, bongo, tamborin, shakers dan yang sewaktu dengannya ketika aku di dalam pasukan nasyid sekolah ini. Kemudian aku memanggil 6 orang yang utama dan aku tubuhkan Mega Sufi.

Pencapaian dalam nasyid tidak perlulah aku ceritakan. Aku tidak bongkak dan angkuh. Tapi aku pernah lupa lirik ketika menjadi solo. Faul pertama aku di atas pentas.

Kemudian sekolah aku menubuhkan pasukan pancaragam kembali. Setelah sekian lama terkubur. Aku masuk. Aku ingin belajar bermain flute. Tapi hajat aku tidak kesampaian. Aku disuruh bermain bass drum. Tetapi aku belajar juga alat-alat lain seperti bell dan yang sewaktu dengannya.

Aku juga mula berlakon di atas pentas ketika ini. Paling tidak dapat dilupakan, aku melakonkan watak ketua orang baik berlawan dengan ketua orang jahat, Masrul. Pasukan kami semua berperang tanpa menggunakan senjata. Kami berdua sahaja yang berlawan menggunakan pedang.

Kemudian aku masuk ke universiti. Aku disuruh untuk bermain keyboard di dalam band. Ketika ini aku mula belajar bermain drum. Sepanjang aku di universiti, aku bermain gitar, bass, drum dan vokal untuk band di atas pentas. Paling menarik bagi aku, persembahan terakhir aku di universitiku. Aku bermain keyboard untuk kolej 12. Ketua band memberikanku score dan mengajar aku apa perlu aku buat dan berjaya mendapat anuguerah juri. Dia memang hebat.

Aku juga masuk pasukan nasyid kolej. Berlakon untuk pasukan boria kolej. Aku ingin masuk pasukan tarian tetapi ketika itu pasukan tarian tiada. Maka aku masukkan tarian zapin di dalam nasyid.

Ketika di universiti memang aku tidak cukup tangan. Setiap malam ada sahaja latihan. Kadang-kadang satu malam ada 2-3 latihan. Tetapi aku tetap pergi jika tiada aral melintang.

Aku membuat pos ini bukan untuk riak atau takkabur. Sekadar memberi informasi perjalananku dalam bidang ini.

Kesimpulannya, aku bukan sangat hebat di dalam muzik. Biasa-biasa sahaja. Aku tidak pernah belajar di kelas-kelas muzik. Aku tidak pernah bermain sesuatu alat secara serius. Tapi, tidak perlulah perlekehkan atau menghina aku seperti aku bodoh tentang muzik atau seni. Lihat sendiri penglibatan aku di dalam bidang muzik atau seni.

*aku taip ni dengan malas... banyak lagi tak masuk ni... so later on maybe aku edit la kot... tambah mane yang aku ingat ke... papepun... sori... alam angker hari ini ditunda... maaf! btw... ni bukan pos meraih simpati ke so wuteva... ni adelah pos pernyataan atau keterangan + emo sket a... haha!

15 comments:

little red shoe said...
This comment has been removed by the author.
kecik said...

aku sgt minat muzik. dulu aku mcm ko jugak waktu sekolah, nasyid,koir,dikir,nyanyian solo, muka aku je.
alat muzik,aku lebih ke alat muzik tradisonal. mungkin sebab aku dihantar parents aku ke sekolah luar bandar. tapi sgt best. caklempong,gamelan.yg biase2, belajar gitar,keyboard, sampai team kitorang buat persembahan kat sukma.itu paling best.

dan aritu,aku disuruh dtg interview untuk course muzik kat uitm, tapi parents aku kate xpyh.
aku memang minat, maybe aku akan belajar sendiri dan dari org lain je nanti.

kau abaikan je ape kate org, yg penting ko tau diri ko. muzik sgt best mmkay.

little red shoe said...

go jime go!

helomynameisjaye said...

alololooo...tk payah peduli ckp orang.musician adalah org2 yg gifted.aku kagum!

Anonymous said...

untung kamu. mahu dan sentiasa ada jalan.




aku mahu, tapi takde orang nak ajarkan.
dah tua ni rasa malu plak nak mintak orang ajarkan.

uhhh.

Hajime said...

Comment deleted:
dem...
asik komen yg same je...

kecik:
wah!
menarik!
ape kate anda wat satu pos baru di blog anda...
pastu kite wat satu group ape2 la...
ayuh!

little red shoe:
yeah!
caiyok2!

cik belacan melaka:
ah!
baiklah!
tp...
saye mugician!

macha_sezs:
ler...
awat x bgtau aku awal2...
bule saja aku ajarkan...

hzrh said...

kau 12th bila??
waktu kau asasi atau degree??

kecik said...

ahahaha. aku dah lama tinggalkan semua tu. gitar and keyboard. tapi yang lain2, aku ingat lagi. mcm aku ckp, parents aku tak berapa bagi.
aku nak belajar main gitar balik. tapi mcm macha, aku tak jumpa siapa nak ajarkan aku.
adela sekali dulu, ada orang offer nak ajar aku, tapi dengan syarat, aku kena pakai purdah, and jadi alim gila2, sebab dia ada buat kumpulan nasyid. so aku terpaksa tolak.

aku try juga belajar sendiri2 tapi ada je org pandang serong, sebab utama maybe sebab aku budak uia. hmmph ko phm2 la kenapa.

macha, kau jumpa sesape, ajar aku pulak!

riderhenshin said...

aku bangga sebab kita ada musician yg masih rasa rendah diri di negara ini...hidup jime!!!

Am said...

aku bukan nak angkuh tp aku dah start menyanyi dlm perut mak aku lg. angkuh bukan?

Hajime said...

HAzirahMahadzir:
ah!
aku 4th...
ketika itu aku diimport...
pasal time tu aku dah grad...
cume belum konvo...
then 12th panggil aku tuk main keyboard...
mamat tu mmg gempak!
aku respek!
btw aku asasi 99...
degree 2001!

kecik:
la...
gitu ke...
mau belajar lagi?
meh aku ajar...
mau?
secara online pun bule...
=op
ngan macha sekali...

riderhenshin:
erk!
yeah!
jime!
zindaba!

Am:
tp kire aku lg awal la...
pasal aku setaun awal smpai kat perut mak aku...
(nak angkuh gak)

darkwing54 said...

ko artis..........

Yang Benar, Kakak Perkara Rawak said...

org terer mmg banyak dugaan..
ilek je,lau org banyak sgt bunyik,sumbat je gitar kat molot dorg..konpem diam..hehe

yanhashim said...

woah. ni nak cakap yang en hajime sangat aktif kat sekolah rendah, sekolah menengah, kat universiti lah ni..
terrorist betul lah!

Hajime said...

-zuh@ili-:
well...

penjenayah merah jambu:
menarik gak tu...
bule test sumbat pasni...

yanhashim:
(blushing2)