Monday, May 25, 2009

Dunia Akhirat

Bacaan Al-Quran sedang berkumandang. Menandakan waktu Maghrib akan masuk tidak lama lagi. Seperti biasa, Mak Jah dan Mak Yah melepak di halaman rumah untuk bergosip.

"Aku risau la anak aku ni."

"Kenapa Jah?"

"Dia, kalau masuk bab main, tak kira la main bola ke, game ke, apa ke. Memang tak ingat dunia."

"Bagus lah camtu Jah."

"Nape baguslak? Habis benda lain dia tak buat."

"Lah, tadi kau kata 'main tak ingat dunia'. Baguslah. Dia 'main ingat akhirat'!"

Selepas itu, hampir setahun jugalah tiada aktiviti Maghrib di halaman rumah mereka.

Friday, May 22, 2009

Doraemon! Tolonglah Saya!

Am (bukan nama sebenar, nama panggilan sahaja) dan Diyana (nama sebenar) sedang bermain kahwin-kahwin.

"Mana komik abang beli ni. Tak sampai-sampai lagi."

Am membahasakan dirinya abang walaupun mereka sebaya.

"Abang beli komik apa?"

Sambil menuangkan air kosong ke dalam cawan dan menghidang tanah liat yang telah dibentukkan seperti kuih.

"Doraemon."

"Berapa ringgit?"

"Dalam 30 ringgit lebih."

"Langgan ek?"

"A'ah! 3 bulan dah tak sampai-sampai. Penat abang menabung. Tak makan time rehat. Balik jalan kaki. Nak save duit tambang bas."

"Ye ke. Abang langgan camana?"

"Abang ambil keratan langganan tu. Isi. Pastu abang letak dalam sampul surat."

"Bayaran?"

"Abang letak sekali la semua duit dalam sampul surat yang nak pos tu. Apa sello sangat ni."

Tetiba aura maut yang sangat kuat menyelubungi tempat mereka bermain kahwin-kahwin. Tidak sampai sesaat selepas itu, kelihatan tubuh Am melayang-layang seperti daun ditiup angin kencang dan kedengaran teriakan suara seperti ngauman singa.

"SIAPA SELLO?!!!"

Thursday, May 21, 2009

Seni Itu Subjektif

Sekolah rendah, aku mula mengenal dan belajar muzik. Aku suka. Alat muzik pertama yang aku pelajari, rekoder. Kemudian melodian dan alat-alat muzik yang mudah seperti kayu tik tok, klastenet dan yang sewaktu dengannya.

Kemudian aku tumpukan perhatian aku pada pelajaran. Aku ingat aku sudah tidak berpeluang lagi belajar tentang muzik atau seni. Rupanya masih ada peluang.

Aku masuk ke sekolah menengah. Aku ingin belajar bermain alat muzik. Gitar? Ramai sangat nak main. Maka aku cuba untuk belajar bermain piano. Kebetulan aku berkawan dengan Cop dan Sukun. Kembar yang genius. Mereka tidak pernah masuk kelas piano pun. Tapi mereka memang hebat dalam bidang muzik atau seni. Merekalah yang mengajar aku bermain piano. Ketika ini aku tingkatan 3.

Tapi agak sukar untuk bermain piano kerana ianya terletak di dewan. Maka aku belajar juga bermain gitar daripada rakanku, Fuad dan kembar tersebut.

Tingkatan 4, aku masuk pasukan nasyid sekolah, Gema Sufi. Ini kerana kembar tersebut menjadi pelatih dan juga ahli. Di dalam nasyid, aku mula belajar vokal. Menarik. Serius menarik. Nasyid macam choir juga. Ada lapisan suara. Ketika itu aku menjadi backup vokal kerana suaraku boleh menjadi bass dan soprano.

Aku juga belajar bermain kompang, bongo, tamborin, shakers dan yang sewaktu dengannya ketika aku di dalam pasukan nasyid sekolah ini. Kemudian aku memanggil 6 orang yang utama dan aku tubuhkan Mega Sufi.

Pencapaian dalam nasyid tidak perlulah aku ceritakan. Aku tidak bongkak dan angkuh. Tapi aku pernah lupa lirik ketika menjadi solo. Faul pertama aku di atas pentas.

Kemudian sekolah aku menubuhkan pasukan pancaragam kembali. Setelah sekian lama terkubur. Aku masuk. Aku ingin belajar bermain flute. Tapi hajat aku tidak kesampaian. Aku disuruh bermain bass drum. Tetapi aku belajar juga alat-alat lain seperti bell dan yang sewaktu dengannya.

Aku juga mula berlakon di atas pentas ketika ini. Paling tidak dapat dilupakan, aku melakonkan watak ketua orang baik berlawan dengan ketua orang jahat, Masrul. Pasukan kami semua berperang tanpa menggunakan senjata. Kami berdua sahaja yang berlawan menggunakan pedang.

Kemudian aku masuk ke universiti. Aku disuruh untuk bermain keyboard di dalam band. Ketika ini aku mula belajar bermain drum. Sepanjang aku di universiti, aku bermain gitar, bass, drum dan vokal untuk band di atas pentas. Paling menarik bagi aku, persembahan terakhir aku di universitiku. Aku bermain keyboard untuk kolej 12. Ketua band memberikanku score dan mengajar aku apa perlu aku buat dan berjaya mendapat anuguerah juri. Dia memang hebat.

Aku juga masuk pasukan nasyid kolej. Berlakon untuk pasukan boria kolej. Aku ingin masuk pasukan tarian tetapi ketika itu pasukan tarian tiada. Maka aku masukkan tarian zapin di dalam nasyid.

Ketika di universiti memang aku tidak cukup tangan. Setiap malam ada sahaja latihan. Kadang-kadang satu malam ada 2-3 latihan. Tetapi aku tetap pergi jika tiada aral melintang.

Aku membuat pos ini bukan untuk riak atau takkabur. Sekadar memberi informasi perjalananku dalam bidang ini.

Kesimpulannya, aku bukan sangat hebat di dalam muzik. Biasa-biasa sahaja. Aku tidak pernah belajar di kelas-kelas muzik. Aku tidak pernah bermain sesuatu alat secara serius. Tapi, tidak perlulah perlekehkan atau menghina aku seperti aku bodoh tentang muzik atau seni. Lihat sendiri penglibatan aku di dalam bidang muzik atau seni.

*aku taip ni dengan malas... banyak lagi tak masuk ni... so later on maybe aku edit la kot... tambah mane yang aku ingat ke... papepun... sori... alam angker hari ini ditunda... maaf! btw... ni bukan pos meraih simpati ke so wuteva... ni adelah pos pernyataan atau keterangan + emo sket a... haha!

Monday, May 18, 2009

Tikus Bahaya

Encik Tikus Bahaya (bukan nama sebenar, sekadar nama panggilan manja di rumah) yang kachak (aku dipaksa tulis kachak, maka aku boleh dapat kurang 50% daripada harga barang yang aku beli daripadanya) ingin mengisi minyak motornya.

"Pam minyak nombor 14."

Sambil Encik Tikus Bahaya menghulurkan sekeping not RM 10.

Encik Bangla (juga bukan nama sebenar) yang menjaga kaunter terus mengambil rokok Dunhill 14, mengimbas harga dan terus memberikannya kepada Encik Tikus Bahaya.

20 minit kemudian, terdengar satu letupan yang amat kuat seperti sebuah stesen minyak diletupkan oleh Encik Tikus Bahaya.

Gambar Sekadar Hiasan (tiada kena mengena dengan Tikus Bahaya)

*credit to danger mouse daripada www.sembangtoys.com dengan ucapan... err... aku tahu kau lawyer... tapi... janganlah saman aku ya!

Friday, May 15, 2009

Kafe Lepak2 & Tempat Encik Paul

Hari ini aku membuat dua pos dalam satu hari! Yeah!

Muzik kugiran Siren akan berkumandang di Lepaq Cafe, Desa Sri Hartamas pada malam ini, 15 Mei 2009.

Muzik kugiran Siren juga sekali lagi akan berkumandang di Paul's Place, Jalan Klang Lama pada petang esok, 16 Mei 2009.

Marilah datang beramai-ramai untuk menyokong kami ya! Berkemungkinan Jim Siren akan bersama kugiran Siren untuk kali terakhir pada malam ini.

*nanti aku akan lampirkan map ya!

Kaliapaan

Di sekolah tadika, cikgu bertanya kepada Kaliapaan, adakah dia sudah pandai mengira.

"Pandai cikgu!"

"Bagus Kaliappan. Sekarang bagi tahu cikgu, lepas tiga, berapa?"

"Empat, cikgu!"

Pantas saja Kaliaapan menjawabnya.

"Lepas enam?"

"Tujuh!"

"Lepas sembilan?"

"Sepuluh!"

" Bagus! Lepas sepuluh. berapa?!"

"J, cikgu!"

" J? Eh, kenapa pulak J?"

"Bapak saya ajar macam tu. Lepas 10, J. Lepas J, Q. Lepas Q, K"

Why so serius?

Thursday, May 14, 2009

4 Perhentian... Kambing? (Ep. 3)

Setelah dipukul oleh beberapa orang daripada Kelab Peminat Hajime, aku menyambung kisah angker yang tidak berkesudahan lagi. Maaf ya semua!

Episod satu anda boleh baca di sini...

http://budakyangbijak.blogspot.com/2009/04/4-perhentian-banglo.html

Episod dua anda boleh baca di sini...

http://budakyangbijak.blogspot.com/2009/04/4-perhentian-babi-hutan-ep-2.html

Kejadian Ketiga

Setelah beberapa jam perjalanan, kami telah sampai di Terengganu. Pak Cikku berniat yang dia akan solat di mana-mana sahaja masjid yang dijumpai. Tapi beberapa masjid telah kami lewati, tetapi Pak Cikku masih meneruskan perjalanan.

"Takde rasa nak stop la."

Sampai la ke sebuah surau. Pak Cikku memberhentikan kereta di kawasan lapang depan surau. Aku dan keluarga Pak Cikku sekadar duduk di dalam kereta. Tidur.

Pin pin pin!

Mak Cikku membunyikan hon bertalu-talu. Aku lihat Pak Cikku baru sahaja selesai mengambil air sembahyang. Pak Cikku terus datang ke kereta setelah melihat Mak Cikku cuak.

"Bang! Cepat bang! Kita keluar dari sini!"

Mak Cikku sedikit menjerit setelah Pak Cikku membuka pintu kereta.

"Apahal lak ni?"

"Drive je bang. Cepat!"

Pak Cikku akur. Setelah beberapa puluh meter daripada kawasan surau tersebut, baru Mak Cikku bersuara.

"Tadi, tadi ada lembaga."

Mak Cikku memberanikan diri untuk memberitahu Pak Cikku.

"Kepala kambing. Baju cam sami siam. Kat tangga surau."

Suara Mak Cikku sedikit menggeletar. Pak Cikku dengan pantasnya terus memecut kereta.

Sangkaku sudah habis dugaan kami malam itu. Rupa-rupanya...
Bersambung...

Monday, May 11, 2009

Selamat Hari Ibu!

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku... Mak
Bila lapar, yang suapkan aku... Mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku... Mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut... Mak
Bila bangun tidur, aku cari... Mak
Bila nangis, orang pertama yang datang... Mak
Bila nak bermanja, aku dekati... Mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah... Mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya... Mak
Bila nakal, yang memarahi aku... Mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma... Mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah... Mak
Bila takut, yang tenangkan aku... Mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk... Mak
Aku selalu teringatkan... Mak
Bila sedih, aku mesti telefon... Mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu... Mak
Bila bengang, aku suka luah pada... Mak
Bila takut, aku selalu panggil... Mak
Bila sakit, orang paling risau adalah... Mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga... Mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu... Mak
Bila ada masalah, yang paling risau... Mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni... Mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku... Mak
Kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk... Mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku... Mak
Yang selalu berleter kat aku... Mak
Yang selalu puji aku... Mak
Yang selalu nasihat aku... Mak
Bila nak kahwin, orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari..... Pasanganku
Bila sedih, aku cari..... Mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada..... Pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada..... Mak

Bila bahagia, aku peluk erat..... Pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat..... Mak

Bila nak bercuti, aku bawa..... Pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah..... Mak

Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu... Aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu... mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan telefon pasanganku
Entah bila... aku nak telefon mak

Selalu... aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk mak

Renungkan.............

Wednesday, May 06, 2009

Lagu Siren Pertama Sebagai Single?

Mari mengundi lagu Siren manakah yang perlu dijadikan single pertama di sini...

http://suarasirenia.blogspot.com

Undian tersebut berada di sebelah kanan blog di atas. Di bawah playlist. Ayuh!

*lagu2 siren didengarkan di blog aku! special ni... tempat lain takde... sesiapa mau boleh la email atau minta padaku ya!

Tuesday, May 05, 2009

Emcee

Aku dulu selalu gak jadi M.C. a.k.a Master of Ceremony a.k.a Pengacara Majlis. Tapi bukan yang ala-ala Aznil dalam rancangan Macam-macam Aznil.

Aku lebih kepada majlis formal. Majlis Makan Malam. Aku juga pernah menjadi pengacara dan juga sekaligus menjadi ahli panel. Juga pernah dibayar untuk menjadi pengacara majlis.

Kenapa aku cakap tentang M.C. a.k.a Master of Ceremony a.k.a Pengacara Majlis ni? Aku bukannya riak+takkabur. Ini kerana...

Hari ini aku dapat M.C. a.k.a Medical Certificate! Ayuh pulang!

Monday, May 04, 2009

Ubuntu

Aku menggunakan Linux Ubuntu. Apakah maksud Ubuntu?

Wikipedia:
Ubuntu, , is an ethic or humanist philosophy focusing on people's allegiances and relations with each other. ...

Bagaimana dengan Ibuntu?

I buntu.

Ya. Aku buntu sekarang. Ayuh pulang.

Wargh!