Thursday, December 29, 2011

Tandas Angker

"Kau biar benar?"

"Kau nak pergi jugak toilet sekarang?"

"Yup!"

"Dah nak tengah malam ni. Kau tak takut ker?"

"Takut apa?"

"Kan ada rumors."

"Rumors?"

"Kalau kau masuk tengah malam ni, something akan berlaku."

"Ah! Pedulikan la. Aku dah tak tahan dah ni."

Mazlan [bukan Mazrul] terus masuk ke tandas tanpa mempedulikan amaran rakan-rakannya.

*****

10 minit kemudian.

"Hah! Takde apa-apa pun."

"Mazlan! Wah! Akhirnya jumpa juga!"

"Kau hilang mana? Kitorang puas cari."

"Hilang apanya? Baru 10-15 minit je kot."

Tiba-tiba suasana sepi. Sunyi.

"Kau tahu tak. Kali terakhir, kami nampak kau, tahun lepas."

Mazlan terkejut. Cuak. Berlari ke almarinya dan mengambil sesuatu.

"Sekarang berapa haribulan? Tahun berapa? Jam aku ni betul je. 1 Januari 2012. 12.26."

Muahahahahahahahaha!

Terhambur gelak ketawa berdekah-dekah.

"Betul la. Kali terakhir kitorang nampak kau kan tahun 2011."

"Cilakak!"

Thursday, December 15, 2011

Lebuhraya Karak [bahagian I]

Info:

Lebuhraya karak mula dibina pada 1970 dan mula dibuka kepada orang ramai pada 1977. Lebuhraya ini menghubungkan Kuala Lumpur dengan Karak dan jaraknya lebih kurang 60.0 km. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan terkenal iaitu Genting Highland.

Angker 1:

Antara kemalangan yang paling popular, 20 Januari 1990. Di mana 17 orang terbunuh termasuk 11 orang anggota FRU. Berlaku pertembungan di antara kenderaan FRU dengan sebuah lori, sebuah bas dan 10 buah kereta.

Angker 2:

Kalau anda perasan, di Genting Sempah, berdekatan perniaga lemang, banyak lori berhenti pada waktu malam untuk tidur. Dikatakan tidak sah kalau tidur di situ tapi tidak kena 'tegur'.

Angker 3:

Volkswagen kuning. Selalunya pemandu akan dikacau selepas terowong karak. 'Beliau' akan potong kereta, dan selepas itu dia akan bawa perlahan. Ada yang kata jangan potong kereta kuning itu. Kalau potong?

Jeng! Jeng! Jeng!

Apa yang menarik tentang Volkswagen kuning ini, tahun 1998. Radio Era. Seorang pemanggil bercerita tentang Volkswagen kuning. A sampai Z. Apabila penyampai bertanya, mana tahu tentang cerita ini, pemanggil itu dengan selamba kata.

"Sayalah pemandu kereta itu."

Toot. Toot. Toot.

Tuesday, December 13, 2011

From U.S vs Made in U.K?

Peristiwa pertama:

"Ni baju kami beli dari Mothercare."

"Ok."

Endah tak endah.

*******

Peristiwa kedua:

"Ni baju dah sampai dari U.S ni. Ni dah readykan set2 dia. Amik pakai je ikut set. Hari ni pakai yang ni."

Sambil sibuk mengemas, melihat-lihat dan yang sewaktu dengannya.

*******

Peristiwa ketiga:

"Baju yang order online kat kedai KL tu sampai dah."

"Mane?"

"Tu hujung tu."

"Oh! Ingat yang ni."

"Yang ni kan yang dari U.S hari tu."

"Uik? Kenapa keluarkan?"

"Tah!"

*******

Baju peristiwa ketiga dan baju peristiwa kedua, jenama yang sama kot. Made in China. Made in India.

Baju peristiwa pertama? Walaupun beli di kedai tempatan. Tapi! Made in UK occay... United Kingdom! Da...

Friday, December 02, 2011

Pakai Tudung atau Tutup Aurat?

"Kak. Sila pakai tudung tu. Sini kena pakai tudung."

Tegur pegawai keselamatan yang juga seorang wanita.

"Ah. Baik."

Aku sekadar geleng kepala. Bukan kerana wanita yang ditegur. Wanita yang menegur.

Ya. Dia memakai tudung. Tapi nampak sebahagian rambut di depannya. Apakah?

Di mana? JAKIM.

*berlaku time aku nak pergi JAWI... dah la rasa macam naik tangga batu caves kot... buat la escalator ke apa... haih...