Kedengaran seperti sekawan gajah sedang berlari. Dengan bunyi-bunyi dikeluarkan dari mulut.
"Wan!!! Tutup pintu tu!"Aku cuak. Tadi sudah kena sekali. Ini kali kedua. Wan Walkman pantas menutup pintu. Bunyi derapan kaki dan suara semakin kuat dan jelas.
"Kunci-kunci!"Aku dan Wan Walkman menahan pintu dari dalam. Bersandar ke pintu. Peluh kami menitik.
Bum!Pintu seperti dilanggar. Kemudian bertubi-tubi dilanggar. Aku dan Wan Walkman menahan kuat dari dalam.
"Gol! Gol! Gol!!!!!""Come on Jerman!"Itu antara yang aku dengar.
Di sebalik pintu, berpuluh-puluh penyokong Brazil, yang berlari dari bilik di hujung sebelah sana bersorak-sorak di depan bilik kami iaitu aku dan Wan Walkman, selaku penyokong Germany.
World Cup 2002.Final.*tapi kali ini jerman bermula dengan kachak! berusahalah!