Monday, June 20, 2011

Green Lantern 2011 [Movie] [Review]

Kalau orang tanya siapa yang aku minat antara adiwira-adiwira DC Comics, aku akan jawab Green Lantern. Bukan Superman. Bukan Batman.

Juga bukan sebarang Green Lantern. Hal Jordan sahaja. Kerana apa? Nanti esok lusa aku berikan jawapan. Sekarang aku hendak membuat ulasan filem Green Lantern yang aku tonton rabu lepas.

Rating?

5-6/10

Ia sebuah filem yang menyeronokkan. Tapi kureng faktor-faktor 'umph' atau 'wow'!

Aku tahu ianya pengenalan. Kalau bukan pengenalan kepada Green Lantern, aku akan beri rating lagi rendah. Ianya filem pengenalan yang amat pantas. Terus melawan Parallax + Krona. Sangat pantas. Lawan Sinestro sudah. Ops! Spoiler!

Apa yang aku rasa kureng? Aku, jenis peminat yang boleh terima jika di'twist'kan plot cerita atau yang sewaktu dengannya. Janji, elemen-elemen penting masih ada.

Seperti Hector Hammond menjadi Parallax. Di dalam komik, Hector Hammond menjadi Agent Orange. Tetapi aku tidak kisah kerana karakternya masih sama seperti obses dengan Carol Ferris.

Hector Hammond + Ophidian

So, contoh aku rasa agak kureng, apabila Hal Jordan membuat mesin tembak yang besar ketika menentang Parallax. Hal Jordan, 'test pilot'. Imaginasi Hal Jordan tidak akan membuat alat-alat sedemikian. Itu biasanya dibuat oleh John Stewart, kerana John Stewart, ex-marine.

Basically, macam aku cakap sebelum ini, cerita ini menyeronokkan tapi kureng faktor-faktor 'umph' atau 'wow'! Nasib baik masih ada elemen bercucuran airmata bagi aku.

In brightest day, in blackest night,
No evil shall escape my sight,
Let those who worship evil's might,
Beware my power... Green Lantern's light!

Apa-apapun, silalah tonton di pawagam berhampiran dan aku cadangkan anda semua melihat Green Lantern: First Flight [animasi] jua.

Aku harap akan datang cerita adiwira DC Comics boleh jadi seperti klip di bawah.



*maaf! segmen bahasa ditunda! gara-gara keobsesan aku...

2 comments:

Einy~Carol said...

VC nie dr game online kan? mmg superb giles! wajib buat JLA movie ja teros! hehe ;D

nway, tu ar. cite laju sgt, smua nk lwn org besa2 haih..slow n steady bg aku lebey baik. cth? ironman masih belom lwn the mandarin. batman 2nd movie remake baru lwn joker n hardhitter 2-face harvey. (superman return masih cite bodoh. xde kaitan.haha)

ah. si sinestro ber'english-accent! taw lar ade misai kompot itu! haha

Hajime said...

Einy~Carol:
yeah!
(xde idea sebenarnye)
=op