Thursday, December 29, 2011

Tandas Angker

"Kau biar benar?"

"Kau nak pergi jugak toilet sekarang?"

"Yup!"

"Dah nak tengah malam ni. Kau tak takut ker?"

"Takut apa?"

"Kan ada rumors."

"Rumors?"

"Kalau kau masuk tengah malam ni, something akan berlaku."

"Ah! Pedulikan la. Aku dah tak tahan dah ni."

Mazlan [bukan Mazrul] terus masuk ke tandas tanpa mempedulikan amaran rakan-rakannya.

*****

10 minit kemudian.

"Hah! Takde apa-apa pun."

"Mazlan! Wah! Akhirnya jumpa juga!"

"Kau hilang mana? Kitorang puas cari."

"Hilang apanya? Baru 10-15 minit je kot."

Tiba-tiba suasana sepi. Sunyi.

"Kau tahu tak. Kali terakhir, kami nampak kau, tahun lepas."

Mazlan terkejut. Cuak. Berlari ke almarinya dan mengambil sesuatu.

"Sekarang berapa haribulan? Tahun berapa? Jam aku ni betul je. 1 Januari 2012. 12.26."

Muahahahahahahahaha!

Terhambur gelak ketawa berdekah-dekah.

"Betul la. Kali terakhir kitorang nampak kau kan tahun 2011."

"Cilakak!"

Thursday, December 15, 2011

Lebuhraya Karak [bahagian I]

Info:

Lebuhraya karak mula dibina pada 1970 dan mula dibuka kepada orang ramai pada 1977. Lebuhraya ini menghubungkan Kuala Lumpur dengan Karak dan jaraknya lebih kurang 60.0 km. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan terkenal iaitu Genting Highland.

Angker 1:

Antara kemalangan yang paling popular, 20 Januari 1990. Di mana 17 orang terbunuh termasuk 11 orang anggota FRU. Berlaku pertembungan di antara kenderaan FRU dengan sebuah lori, sebuah bas dan 10 buah kereta.

Angker 2:

Kalau anda perasan, di Genting Sempah, berdekatan perniaga lemang, banyak lori berhenti pada waktu malam untuk tidur. Dikatakan tidak sah kalau tidur di situ tapi tidak kena 'tegur'.

Angker 3:

Volkswagen kuning. Selalunya pemandu akan dikacau selepas terowong karak. 'Beliau' akan potong kereta, dan selepas itu dia akan bawa perlahan. Ada yang kata jangan potong kereta kuning itu. Kalau potong?

Jeng! Jeng! Jeng!

Apa yang menarik tentang Volkswagen kuning ini, tahun 1998. Radio Era. Seorang pemanggil bercerita tentang Volkswagen kuning. A sampai Z. Apabila penyampai bertanya, mana tahu tentang cerita ini, pemanggil itu dengan selamba kata.

"Sayalah pemandu kereta itu."

Toot. Toot. Toot.

Tuesday, December 13, 2011

From U.S vs Made in U.K?

Peristiwa pertama:

"Ni baju kami beli dari Mothercare."

"Ok."

Endah tak endah.

*******

Peristiwa kedua:

"Ni baju dah sampai dari U.S ni. Ni dah readykan set2 dia. Amik pakai je ikut set. Hari ni pakai yang ni."

Sambil sibuk mengemas, melihat-lihat dan yang sewaktu dengannya.

*******

Peristiwa ketiga:

"Baju yang order online kat kedai KL tu sampai dah."

"Mane?"

"Tu hujung tu."

"Oh! Ingat yang ni."

"Yang ni kan yang dari U.S hari tu."

"Uik? Kenapa keluarkan?"

"Tah!"

*******

Baju peristiwa ketiga dan baju peristiwa kedua, jenama yang sama kot. Made in China. Made in India.

Baju peristiwa pertama? Walaupun beli di kedai tempatan. Tapi! Made in UK occay... United Kingdom! Da...

Friday, December 02, 2011

Pakai Tudung atau Tutup Aurat?

"Kak. Sila pakai tudung tu. Sini kena pakai tudung."

Tegur pegawai keselamatan yang juga seorang wanita.

"Ah. Baik."

Aku sekadar geleng kepala. Bukan kerana wanita yang ditegur. Wanita yang menegur.

Ya. Dia memakai tudung. Tapi nampak sebahagian rambut di depannya. Apakah?

Di mana? JAKIM.

*berlaku time aku nak pergi JAWI... dah la rasa macam naik tangga batu caves kot... buat la escalator ke apa... haih...

Monday, November 21, 2011

Zaviyar Hazim

Uish... Bersawang sudah blogku. Maaf ya semua! Aku sibuk. Baru sahaja melahirkan anak. Ops! Bukan aku. Isteriku! Hari ini tema bahasa. Maka saya hendak memberitahu nama anakku.

Zaviyar Hazim

Hazim, namaku. Nama beliau Zaviyar.

Maksud: Berani [brave, courage], Sinar [shining]

Ramai yang salah sangka bahawa aku yang memberi nama ini. Salah. Isteriku yang memberikannya.

Selepas 10 minit aku mendengar nama Zaviyar ini, barulah kuperasan.

Zaviyar = Xavier

Maka dengan ini akanku paksa anakku belajar sehingga mendapat gelaran 'Professor'.

Tuesday, October 04, 2011

Failbook

Watak-watak di dalam kisah ini:

Carlos Rodrigo [nama di dalam Facebook], juga dikenali sebagai Danger Mouse [nama di dalam www.sembangtoys.com].

*'carlos rodrigo gunting' dan 'danger mouse'... bukan nama sebenar... nama sebenar dirahsiakan... kerana tidak mahu kehidupan peribadinya diganggu...

Carlos Rodrigo telah menghantar mesej kepada Si Polan di Facebook. Berminat untuk membeli barang yang Si Polan jual.

Setelah beberapa hari, Carlos masih tidak mendapat jawapan. Lantas Carlos Rodrigo meletakkan komen di dinding Facebook Si Polan.

"Kenapa kau tak reply pm aku?"

Keesokan harinya, komen tersebut telah dibalas.

"Aku dah pm dah. Aku pm kat DGMouse."

Apakah?

*aku masih lagi dalam mode gelak guling2... hahahahahahaha! ade button reply kot... haih... 

*****

Director's Cut!

*tuan punya diri bermurah hati untuk memberikan screen capture... terima kasih bebanyak ya!
 
Pengarang telah merahsiakan nama sebenar dengan menukar dan memasukkan nama Carlos Rodrigo dan DGMouse.

*dimaklumkan sampai sekarang carlos rodrigo (ingat! masih bukan nama sebenarya!) masih tak dapat jawapan yang dicari... walaupun setelah mengforward mesej itu sekali lagi...

Monday, September 26, 2011

Liver & Cheese

Three handsome male dogs are walking down the street when they see a beautiful, enticing, female Poodle. The three male dogs fall all over themselves in an effort to be the one to reach her first, but end up arriving in front of her at the same time.

The males are speechless before her beauty, slobbering on themselves and hoping for just a glance from her in return.

Aware of her charms and her obvious effect on the three suitors, she decides to be kind and tells them...

The first one who can use the words 'liver' and 'cheese' together in an imaginative, intelligent sentence can go out with me.

The sturdy, muscular black Lab speaks up quickly and says...

I love liver and cheese.

Oh, how childish. That shows no imagination or intelligence whatsoever.

She turned to the tall, shiny Golden Retriever.

How well can you do?

Ummmm...I HATE liver and cheese.

My, my,.. I guess it's hopeless. That's just as dumb as the Lab's sentence.

She then turns to the last of the three dogs and says...

How about you, little guy?

The last of the three, tiny in stature but big in fame and finesse, is the Taco Bell chihuahua. He gives her a smile, a sly wink, turns to the Golden Retriever and the Lab and says...

Liver alone! Cheese mine!

Thursday, August 11, 2011

Perihal Karak

Sebenarnya Karak ada dua jalan. Jalan lama Karak [KL-Bentong] dan Lebuh Raya Karak [baru].

Antara hantu yang pernah dikaitkan dengan Karak.
  1. Langsuir
  2. Budak Sekolah [merayau-rayau]
  3. Wanita Tua
  4. Bas Lama
  5. Penunggang Motor [kepala ada badan tak ada]
  6. Perempuan Bawa Anak [batu nisan]
  7. Pontianak
  8. Hantu Pocong
  9. Hantu yang Makan orang [paling popular]
  10. Volkswagen kuning
Mahu tahu kisah-kisah yang pernah berlaku? Kita nantikan... Akan datang...

Tuesday, August 09, 2011

Singa vs. Panda

"Tu dia. Tu dia"

"Ok."

"Oi! Singa! Rambut kau tak ikat..."

"Ni apa sekor lagi budak sekolah datang ni. Kau pergi buka cermin mata kau tu dulu."

"Erk!"

Panda terkesima. Tidak sempat menghabiskan ayatnya. Badannya kaku. Hinggakan Kura-Kura terpaksa menolak Panda untuk berlalu pergi dari situ.

"Haih. Si Penyu ni pun satu. Nak balas dendam, minta tolong nerd?"

*sambungan lawak korea semalam...

Monday, August 08, 2011

Singa vs. Kura-Kura

"Oi Singa! Nak gaduh pun, ikat rambut kau tu dulu."

"Hish! Macam gaduh ngan perempuan."

"Oi Penyu!"

"Kura-Kura!"

"Whatever la. Kau tu, kot ya nak gaduh pun, pergi la simpan beg sekolah kau tu dulu."

Kelihatan Kura-Kura berlalu pergi dengan rasa terhina.

"Takpe, siap kau Singa. Aku hantar rakan aku nanti."

Siapakah rakan Kura-Kura itu? Boleh kah dia memenangi Singa? Kita saksikan akan datang! Same time. Same channel. Stay tune!

*lawak ini diadaptasi daripada lawak orang korea...

Tuesday, August 02, 2011

Bersih 3.5

"Cikgu! Saya tak tahu la nak gosok gigi ke tak pagi tadi."

"Kenapa?"

"Kalau 'bersih', haram."

"Kalau 'kuning', kena tangkap!"

Monday, July 11, 2011

Bersih Minda

Anda tahukah?

Logo Bank Islam pernah ditukar kerana kononnya seperti menghina islam (Ban Islam).

Logo Lama

Logo Baru

Anda tahukah?

Cerita 'Hellblazer' ditukar nama kepada 'Constantine' dan barulah boleh ditayangkan di Malaysia.

Tetapi, di bawah ini bagaimana pula?

Saturday, July 09, 2011

Alim-alim Miao

Di manakah miao anda malam semalam? Anda pasti dia ada di rumah? Yakin?

Friday, July 08, 2011

Alim Kewr?

1. "Thanx to Allah, [masukkan event di sini] berjalan lancar."
*kelihatan gambar beramai-ramai memegang vodka dan yang sewaktu dengannya...

2. "Alhamdulillah, sudah di Bali. Honeymoon! Woo hoo!"
*status yang sedemekian boleh dilihat di facebook masakini... dan ianya biasa ditulis oleh bukan sahaja pasangan yang belum bernikah... siap gay lagi... hoo!!! haih... hg kat bawah ni lagi mulia kot... haha!

Wednesday, June 22, 2011

Ubat Batuk Cap Ibu & Anak

"Ni apa terlompat-lompat, tergoyang-goyang, tergelek-gelek, tergedik-gedik ni?"

"Nipa minum ubat batuk la mak."

"Side-effect ke apa?"

"Takde. Tulis situ, goncang dulu sebelum minum. Tapi Nipa tak goncang tadi. Ni dah minum. So baru nak goncang-goncang la ni."

Tuesday, June 21, 2011

Bersih Sangat Kewr...

Singapura sangat menjaga kebersihan sehinggakan gula-gula getah diharamkan sama sekali.

Tapi hampir semua tandas tidak disediakan air. Hanya tisu.

Apakah?

Bersih sangat kewr...?

*kemaskini mala... eh! pantas! jadi... pastikan anda membawa air anda sendiri...

Monday, June 20, 2011

Green Lantern 2011 [Movie] [Review]

Kalau orang tanya siapa yang aku minat antara adiwira-adiwira DC Comics, aku akan jawab Green Lantern. Bukan Superman. Bukan Batman.

Juga bukan sebarang Green Lantern. Hal Jordan sahaja. Kerana apa? Nanti esok lusa aku berikan jawapan. Sekarang aku hendak membuat ulasan filem Green Lantern yang aku tonton rabu lepas.

Rating?

5-6/10

Ia sebuah filem yang menyeronokkan. Tapi kureng faktor-faktor 'umph' atau 'wow'!

Aku tahu ianya pengenalan. Kalau bukan pengenalan kepada Green Lantern, aku akan beri rating lagi rendah. Ianya filem pengenalan yang amat pantas. Terus melawan Parallax + Krona. Sangat pantas. Lawan Sinestro sudah. Ops! Spoiler!

Apa yang aku rasa kureng? Aku, jenis peminat yang boleh terima jika di'twist'kan plot cerita atau yang sewaktu dengannya. Janji, elemen-elemen penting masih ada.

Seperti Hector Hammond menjadi Parallax. Di dalam komik, Hector Hammond menjadi Agent Orange. Tetapi aku tidak kisah kerana karakternya masih sama seperti obses dengan Carol Ferris.

Hector Hammond + Ophidian

So, contoh aku rasa agak kureng, apabila Hal Jordan membuat mesin tembak yang besar ketika menentang Parallax. Hal Jordan, 'test pilot'. Imaginasi Hal Jordan tidak akan membuat alat-alat sedemikian. Itu biasanya dibuat oleh John Stewart, kerana John Stewart, ex-marine.

Basically, macam aku cakap sebelum ini, cerita ini menyeronokkan tapi kureng faktor-faktor 'umph' atau 'wow'! Nasib baik masih ada elemen bercucuran airmata bagi aku.

In brightest day, in blackest night,
No evil shall escape my sight,
Let those who worship evil's might,
Beware my power... Green Lantern's light!

Apa-apapun, silalah tonton di pawagam berhampiran dan aku cadangkan anda semua melihat Green Lantern: First Flight [animasi] jua.

Aku harap akan datang cerita adiwira DC Comics boleh jadi seperti klip di bawah.



*maaf! segmen bahasa ditunda! gara-gara keobsesan aku...

Wednesday, June 15, 2011

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia [SKMM] Bodoh Sifat

SKMM: Sekat laman web bukan penapisan

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan penyekatan beberapa laman sesawang pada akhir-akhir ini bukan satu bentuk penapisan.

Sebaliknya, menurut SKMM ia adalah tindakan pematuhan undang-undang Malaysia.

“Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 menetapkan bahawa pemegang lesen di bawah AKM 1998 perlu mematuhi sebarang permintaan bertulis dari SKMM untuk membantu SKMM atau pihak berkuasa lain setakat yang semunasabahnya perlu dalam mencegah perlakuan atau cubaan perlakuan sesuatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis Malaysia.

“Sehubungan dengan itu, SKMM telah menerima permintaan dari Bahagian Penguatkuasaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan untuk menghalang capaian kepada beberapa laman sesawang yang didapati melanggar Akta Hakcipta 1987,” petik kenyataan akhbar yang diedarkan menerusi Bernama.

Antara laman-laman yang disekat itu, termasuk:
  • ThePirateBay.org
  • MegaUpload.com
  • FileServe.com
  • DepositFiles.com
  • FilesTube.com
  • Warez-BB.org
  • Movie2k.to
  • MegaVideo.com
  • PutLocker.com
  • DuckLoad.com
Menurut SKMM lagi pihaknya telah memaklumkan penyekatan ini kepada pemegang lesen yang berkenaan dan tindakan sedang diambil secara berperingkat.

*gomen ni... bagi alasan bodoh... jangan jadi bodoh boleh tak? baik kau block website porno! bodoh sifat!!! google youtube tu semua kau taknak block ke? aku rasa lagi banyak langgar akta hakcipta pekejadah tu kot... yang kau block tu... server download kot... apa ke bodohnya ni...

*macam pesawat air asia bawak 100 penumpang... salah seorang tu penjenayah antarabangsa... terus kau tembak jatuh pesawat tu... pasal apa? pasal penjenayah tu langgar akta undang-undang... yang air asia ni terpinga-pinga... rugi... yang keluarga lagi 99 orang yang lain tu pulak how?

*bodoh la... bodoh la... c****nsafnaflwgn49283t[2qotgq2'3T-3TGWTwge!!!!!!!!!!!!


*nanti aku sambung... nak balik... layan green lantern ngan syg! hopefully boleh mengurengkan keemoanku...

Tuesday, June 14, 2011

Anak Didik Shivaji Rao Gaekwad



Gerakan tangan beliau sepantas gerakan tebuan mengibaskan sayapnya.

Monday, June 13, 2011

Gonna Wanna

Jika anda mahu memperlihatkan 'ke-american-an' anda, sila pastikan dahulu penggunaan 'slang' anda betul.

Gonna = Going to.

atau

Wanna = Want to.

dan yang sewaktu dengannya.

Contoh 1:

"Gonna to be a long wait, so make new friends, n hv fun."

Bermaksud:

"Going to to be a long wait, so make new friends, n hv fun."

Contoh 2:

"Rice Is Gonna To Be Priceier"

Bermaksud:

"Rice Is Going To To Be Priceier"

Contoh 3:

"im gonna to sign the contract with maxis/MEP to buy the android phone"

Bermaksud:

"im going to to sign the contract with maxis/MEP to buy the android phone"


Apakah?

*nak tau aku amik contoh dari mana? google sahaja contoh itu... haih... bikin malu sahaja...

Friday, June 10, 2011

3 Kali Tonton, 3 Kali Bercucuran Airmata.


'
'Sung-bong Choi menyanyi dengan 'roh'.

Nella Fantasia

In my imagination I see a fair world,
Everyone lives in peace and in honesty there.
I dream of souls that are always free,
Like the clouds that fly,
Full of humanity in the depths of the soul.

In my imagination I see a bright world,
Even the night is less dark there.
I dream of souls that are always free,
Like clouds that fly.

In my imagination there exists a warm wind,
That breathes on the cities, like a friend.
I dream of souls that are always free,
Like clouds that fly,
Full of humanity in the depths of the soul.

Thursday, June 09, 2011

Friday, June 03, 2011

Burce Lee vs. Rajinikanth [part I]

Bruce Lee
Mampu mengambil syiling dari telapak tangan orang lain sebelum orang tersebut dapat menggenggam tangganya, dan sempat meninggalkan syiling yang lain di dalam genggaman tangan orang tersebut.
"Uuu..." Beliau? "Wargh!" [Pelakon aksi terpaksa dikejarkan ke hospital kerana putus tangannya.] ----- Bruce Lee
Boleh menghantar 135 kilogram 'punch bag' terbang dan menghentam atap dengan tendangan sisi sederhana dari jarak 3 kaki yang berkelajuan 1/500 saat.
"Wa chaa..." Beliau? "Eh? Jap. Mana 'punch bag' tadi? Apsal dinding berlubang ni? Dah tendang ke? Sempat kira tak kelajuan tadi?"
----- Bruce Lee
Pernah kalah sekali sahaja apabila bertarung dalam hidupnya. Ketika berusia 13 tahun.
"Haip!" Beliau? Perkataan kalah telah dihapuskan oleh Jabatan Bahasa negara beliau kerana beliau. ----- Bruce Lee
Boleh melemparkan butiran beras ke udara dan menangkapnya di udara dengan menggunakan chopstick.
"Wuu..." Beliau? Boleh melemparkan seguni beras ke udara dan menangkapnya dengan mengunakan straw. Beliau dan beras, kedua-duanya di udara ketika ia berlaku. ----- Bruce Lee
Boleh mencucuk tembus tin Coca-Cola yang belum dibuka dengan jarinya. Ketika ini tin Coca-Cola lebih tebal daripada sekarang.
"Aww wuu....." Beliau? Pernah dipanggil oleh syarikat Coca-Cola untuk membuat acuan baru tin Coca-Cola dan beliau tidak menggunakan apa-apa alat selain jari kelingking kaki beliau. *yang di quote itu fakta yang benar ya!

Thursday, June 02, 2011

Doppelganger

"Ok! Kita dah sampai ke puncak gunung. Di minta semua berkumpul. Saya nak buat 'head count'."

Ketua kumpulan mula mengira.

"1, 2, ... 9."

Tiba-tiba senyap.

"Ketua?"

"Kita gerak pergi spot lain dulu."

Semua orang dalam kumpulan yang mendaki gunung tersebut terpinga-pinga. Termasuk ketua, jumlah mereka sepatutnya sepuluh orang. Ketua kumpulan kelihatan terdiam apabila hendak mengira diri sendiri.

.....

Setelah sampai kembali di kaki gunung, salah seorang ahli kumpulan memberanikan diri untuk bertanya kepada ketua kumpulan.

"Bang. Tadi kenapa abang diam time buat 'head count' tadi?"

Dengan suara perlahan.

"Gila kau. Aku nampak diri aku sendiri dalam kumpulan kat atas gunung tadi. Tak cuak ke kalau kau kena macam tu?"

Wednesday, June 01, 2011

Makcik Scavenger

"Sayang! Yang ni letak mana?"

"Ni letak situ."

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

"Makcik mana masuk tiba-tiba ni."

Sekadar aku sahaja yang dengar.

"Ni nak pindah rumah ya?"

"Eh! Takde la. Main-main bungkus-bungkus barang je. Lepas ni susun balik. Lori tu pun hantar barang tu semua ke sini balik nanti."

Kalau boleh, aku memang hendak berkata demikian.

"Ya."

Makcik tersebut selamba tawaf satu rumah. Lihat bilik ke bilik. Aku macam... "Apa hal?"

"Itu almari tu tinggal ya?"

"A'ah! Tuan rumah punya."

"Peti ais tu semua?"

"Tinggal. Kami tinggalkan apa yang tuan rumah punya."

"Takde la. Kalau ada barang yang tak nak. Awak bagitahu je la saya. Rumah hujung ni je."

Imaginasi liarku sedang melihat seekor burung hering tua berlegar menunggu sisa-sisa makanan.

"Takde almari lebih kewr? Wink2! Ahaks"

Saturday, May 28, 2011

Friday, May 27, 2011

Wayne di Kuala Lumpur?

"Duh. Emo-emo"

"Apakah?"

"Takde. Wayne turun K.L. tak contact aku pun. Boleh lepak-lepak. Sap kok lu ke."

"Wayne mana?"

"Bruce Wayne."

"Cilaka."

"Betul dowh. Sila lihat ini."

Klik gambar untuk paparan lebih jelas. Sila lihat panel pertama. Atas. Kiri.

Wednesday, May 25, 2011

Muffin Puffin

2 muffin di dalam oven.

"Panas betul la dalam oven ni."

Muffin pertama mengeluh.

Muffin kedua menoleh. Memandang muffin pertama. Mata terbeliak. Cuak.

"WAAHHHHH!!!!!!! Tolong! Ada muffin boleh bercakap!"



Gambar sekadar hiasan.

Tuesday, May 24, 2011

Suratan atau Kebetulan?


Info: Sir Arthur Conan Doyles, penulis Sherlock Holmes.

Gambar di atas pula bagaimana? Adakah suratan atau kebetulan?

Thursday, May 05, 2011

Kage Bunshin no Jutsu

Jiman (bukan nama sebenar). 'Legendary Senior'. Bukan muka legend, hati cute. Muka memang pecah rumah, Hati kering.

Apa yang legendarynya? Fly malam sudah jadi rutin baginya. Pernah sekali Jiman tidak fly sehari, esoknya demam. Menggigil-gigil. Meracau-racau.

Fly? Tidak kira fly keluar asrama atau fly masuk asrama perempuan.

Suatu malam, warden merjaya menjejaki aktiviti Jiman. Maka, berlakulah adegan kejar mengejar antara warden dan Jiman.

Ada pelajar yang belum tidur, menyaksikan adegan tersebut. Bersorak-sorak. Tiba-tiba, warden dan para pelajar yang menyaksikan adegan tersebut terkejut. Cuak. Kelu.

Jasad Jiman pecah tiga!

Satu lari ke padang.

Satu lari ke blok akademik.

Satu lari ke gimnasium.

Dalam keadaan terkejut, warden dengan pertolongan beberapa pelajar mencari Jiman. Tiada.

Keesokan harinya, Jiman ditemui. Tidur di gimnasium.

Khabarnya Jiman dibuang sekolah dan kejadian yang berlaku masih lagi misteri.
[lagu twilight zone dimainkan ketika ayat ini dibaca]

Friday, April 29, 2011

Cry For Justice

Jumaat. Tema komik.

Semalam aku menonton Thor. Tapi aku tidak akan menulis tentang Thor. Aku menulis tentang seorang 'Villain' yang aku baru tahu dia belajar silat!
"Prometheus (his true name has never been revealed) was the only child of a pair of ruthless bank robbers and killers, and grew up accompanying them on their crime sprees. After one such spree, the two were cornered by police and chose to commit suicide by cop, dying before their son's eyes. Vowing to destroy "the forces of justice," he left home at 16, using both his parents' hidden stashes of money and the proceeds of a blackmail scheme targeting a local crime boss to finance his travels. Under a series of false identities, he studied at prestigious universities, trained as a pitfighter in Brazil, studied silat in Malaysia, joined a terrorist group in the Middle East, and worked as a mercenary in Africa."
Sedikit bangga. Walaupun 'Villain', tetapi di situ kita sudah lihat Malaysia sudah dikenali. Biasanya kalau Silat, mesti dari Indonesia.

Dia adalah seorang 'Villain' yang sangat hebat. Sehinggakan berjaya memaksa salah seorang daripada ahli 'Justice League of America' membunuh dengan niat.

Antara ahli-ahli 'Justice League of America' yang utama.


Prometheus berjaya melepaskan diri.


Green Arrow mengejar Prometheus dan membunuhnya.

Thursday, April 21, 2011

Doktor Kewr?

"Kami tak tau, doktor. Takde experience lagi. Baru je kahwin haritu."

"Ini anak pertama?"

.....

shu... shu... shu...

*dush! macammana la minah ni boleh jadi doktor... n btw... doa2kan la tuk kami ya!

Kelihatan baby dalam bentuk bulatan kecil berbenjol bersama mama.


Thursday, March 31, 2011

Hadis apa yang tidak boleh dipercayai?

1 New Message

RM0.00 Al-Rajhi Bank : Hadis yang diriwayatkan olej Imam ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah, sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya:"Roh seorang mukmin itu tergantung-gantung (yakni dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehunggalah hutangnya itu dilunaskan.

k... fine... aku nak gi bayarla ni... isk...

*demit sungguh guna hadis...

Wednesday, January 26, 2011

The Last Stand of Johny Storm

"When you see Reed, tell him. Tell him this is where I made my stand."
.
.
.
"A billion to one. You think I'm afraid of that? You think I'm afraid of that?!"
.
.
.
FLAME ON!!!

.
.
.
.
.
.
.

"Oh, God. John..."

Sunday, January 23, 2011

Kamen Rider VS. Super Sentai

Kamen Riders: "Err... Kami pulang dulu. Assalamualaikum."

Friday, January 21, 2011

Sekali 1 Tahun VS. Sekali 1 Minggu

"Emo tul aku semalam."

"Apahal?"

"Ni la. Macha-macha semua ni. Bila time Thaipusam ni, main parking suka hati je. Yang effect nya kita! 2 jam atas jalan. Stuck!"

Kereta berhenti. Betul-betul di tepi jalan utama. Parking. Triple park.

"Kau parking sini je?"

"Daa... Solat Jumaat. Biasa la."

Tuesday, January 18, 2011

Lawyer? Loyar? Loyar Buruk?

KUALA LUMPUR - Seorang peguam Cina, Ng Kian Nam memohon maaf secara terbuka kepada semua umat Islam di negara ini atas kesilapannya meminta laungan azan di sebuah masjid berhampiran kediamannya di kawasan Bukit Kerinchi di sini diperlahankan.
"Setiap orang mempunyai kelemahan dan saya mahu meminta maaf kepada semua umat Islam kerana salah faham yang terjadi. Sebenarnya saya tidak tahu membezakan antara suara azan dan ceramah (kuliah subuh)," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Fakta:
- Azan 5 kali sehari.
- Kalau umur 20 tahun, bermaksud sudah 36500+ azan dilaungkan.
- Kediaman berdekatan dengan masjid.
- Ceramah di Malaysia masih menggunakan Bahasa Melayu.
- Seorang peguam pasti berpelajaran tinggi.

Soalan:
Masih tak boleh bezakan azan dengan ceramah?

Ralat: Fakta akan terbatal dengan sendirinya jika baru sehari duduk di Malaysia dan sijil-sijil yang didapati dibeli.

Monday, January 17, 2011

Rojak?

Maaf! Pos aku hari ini bukan pasal makanan. Cuba mengikut tema. Isnin. Bahasa.

"Dik. Sembangtoys ni tak boleh ni."

"Eh? Tak boleh?"

"A'ah! Kena guna nama lain ni."

"Err... Kalau jarakkan? Sembang Toys?"

"Kejap ya."

Gadis kaunter tersebut pergi bertanya kepada rakan sepejabatnya. Boss rasanya. Tapi yang pasti, bukan Sivaji the Boss.

"Sembang Toys jarak boleh."

Apakah?

Kejadian ini berlaku ketika aku ingin mendaftar nama syarikat. Mungkin tidak boleh kerana kombinasi Bahasa Melayu dan Inggeris. Tetapi ianya nama khas bukan? Betul?

Aku tidak faham. Tidak tercapai akalku.

*sebenarnya nak bagitau... n jemput korunk2 summer... datanglah ke kedai kami! mari!

Lokasi kedai, atas Station 1 Cafe (Uya Distro).

No. 26, Tingkat 1,
Jalan SS 15/8B,
47500 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
Penerangan lebih lanjut oleh Encik Amuro:
  • lokasi station 1 cafe dlm map ni dah salah so lokasinya yg btul adalah yg berwarna hijau tu (corner lot).
  • yg merah tu plak canai cafe (pon corner lot).
  • yg hitam besor tu medan selera/pasar ss15 (jgn confuse dgn medan selera yg dekat dgn taylor's/inti/metropolitan college tu ye).
  • yg biru tu plak restoran pelita.yg C tu adalah mcdonald's yg dekat dgn masjid & shell ss15 (jgn confuse dgn mcdonald's yg dekat dgn taylor's/inti/metropolitan college tu plak).

Thursday, January 13, 2011

Eksiden Sekadar Alasan

Beberapa orang bertanya padaku.

"Kenapa tak update blog?"

Di ruangan gosip di sebelah kanan blogku, 'cantekk' juga bertanya soalan yang sama maksudnya.

Boleh terima tak alasan aku kalau aku cakap aku tak kemaskini blog kerana aku eksiden?

Hari ini boleh kata sudah seminggu aku eksiden. Masih lagi bercuti. Cuti sakit. Ramai yang tanya padaku bagaimana? Kenapa? Mengapa? Siapa?

Hmm...

(menarik nafas dalam-dalam)

Kisahnya begini...

(menghembus nafas sambil pandang ke kanan atas)

Fakta: Apabila kita hendak mengimbau atau mengimaginasikan sesuatu, kita akan menggunakan otak kanan kita. Oleh itu kita akan secara tidak sengaja akan memandang ke kanan.

7 Januari 2010. Lebih kurang pukul 2 pagi.

Aku sedang memandu balik ke rumah. Baru sahaja melepasi Shell di Greenwood. Rumahku hanya dalam 2-3 minit sahaja jika berjalan kaki. Radio Hot F.M sedang memutarkan lagu 'The Aces'.

*tipu je tu... aku tak ingat lagu apa sebenarnya....

Dari Shell ke rumahku akan melalui lencongan ke kiri sedikit. Baru sahaja melepasi lencongan tersebut, ada seekor kucing melintas laju. aku mengelak sedikit sahaja. Tiba-tiba...

Kebabom!!!

*bunyi efek sekadar melebih-lebihkan cerita...

Aku terdiam. Terkejut. Enjin dan radio masih berbunyi.

"Aku langgar apa ni?"

Aku tidak nampak apa yang aku langgar. Muka ku basah. Aku lap. Darah. Badanku sakit. Dada. Tangan. Aku cuba mencari kacamataku. Tiada. Telefon. Tiada.

Lantas aku mengelap mukaku dengan baju dan keluar daripada kereta.

"Pergh! aku langgar lori trailer!"

Sebuah lori trailer di atas jalan. Atas. Bukan tepi. Lampu jalan tiada di situ. Gelap. Mungkin kerana itu aku tidak nampak lori trailer sebesar dan sepanjang itu. Ya. Sangat panjang.

Optimus Prime a.k.a Ginrai dengan trailer belakang ditambahkan lagi dengan God Bomber dalam cerita Transformers Masterforce pun tidak sepanjang itu.

Godginrai. Gambar sekadar perbandingan.

Tidak tahu bagaimana mahu memberitahu keluargaku, lantas aku berjalan kaki sahaja ke rumah. Ketika berjalan, kulihat cermin keretaku bersepai dalam 20 meter ke hadapan.

Aku rasa jika sesiapa terserempak dengan aku ketika itu, pasti lari atau membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Ya lah. Dah la Malam Jumaat. Aku pula berjalan dengan luka bedarah dan ada darah yang masih mengalir di muka.

"Mak! Tolong."

Itu ayat pertamaku setibanya aku di rumah. Dan rupa-rupanya, setelah kulihat cermin, kepalaku berdarah juga. Bukan hidung sahaja.

Dipendekkan cerita, 3 jahitan di kepala, tangan kiri berbalut, badan sengal-sengal dan cuti hingga sekarang. Aku akan sambung lagi akan datang dengan gambar-gambar yang eksklusif yang tiada disiarkan oleh media-media lain.

Bagaimana? Boleh dijadikan alasan atau tidak?