Friday, October 31, 2008

Aku & Band I

Aku kat opis. Jap lagi jamming. So malas balik rumah. Chatting ngan cik Yan Hashim. Dia suruh aku wat update pantas kali ke 10 pasal jamming. Nak nampakkan yang aku nye update ni pantas, korang akan nengok ada sikit kelainan untuk pos aku kali ni.

Aku citerkan pasal perkara yang pernah berlaku ketika aku perform. Adik beradik jamming la kan. Aku taktau nape aku macam tak tau malu di atas stage. Time tu aku perform lagu Padi - MEnanti Sebuah Jawaban. Jawaban ya, bukan jamban.

Kalau korang ingat, lagu tu start dengan vokal masuk dulu. Oh! Time ni aku menjadi vokalis. Bila nak start je lagu tu, aku leh lupe key dia. Boleh tak? Aku suruh gitaris wat kod C. Tapi aku still tak dapat.

Penonton kat bawah dah maki-maki. So aku dengan selamba mengreply...

"Sabar peminat... Sabar..."

Terus aku suruh gitar masuk dulu, then aku masuk perenggan kedua. Belasah sudah...

Thursday, October 30, 2008

Nageen (Ular Jadian)

Namaku Vaji. Biasanya orang memanggilku dengan nama Si Vaji. Sekarang aku dah jadi Boss. Semua orang takut padaku. Bukan sahaja orang, malah lembu juga takut padaku. Kalau gaduh tu, setakat 20 orang tu akan tapar dengan mudah sahaja.

Tapi tiada seorang pun tahu yang aku juga ada kelemahan. Seperti Superman yang takut dengan batu berwarna hijau, aku juga ada sesuatu yang aku takut akannya.

Hari itu, aku hendak pergi ke kedai gunting rambut. Bukan untuk menggunting rambut. Tapi untuk menggunting bulu dadaku. Sudah panjang. Sehinggakan ada orang memberikanku pisang ketika aku sedang bersiar-siar di Zoo Negara.

Konco-koncoku memberitahu ada sebuah kedai gunting rambut yang baru dibuka. Menarik kalau pergi ke sana ni. Boleh aku minta wang perlindungan sekali.

Aku melibaskan kain ke bahuku. Mengikat kain pelikatku di pinggang. Membuat gaya menghisap rokok seperti biasa dan melangkah ke kedai gunting rambut tersebut.

Sampai sahaja di hadapan kedai gunting rambut tersebut, aku terpegun. Aku ternampak sesuatu. Bola romaku meremang. Cuak. Kakiku tidak mampu untuk melangkah ke hadapan. Aku teringat peristiwa ketika aku kecil dahulu.


Flashback (mode gambar black & white dan dialih bahasa)

Ketika itu internet sedang hangat. Maka untuk tidak dikatakan buta IT, aku juga sakan bermain internet. Sedang leka aku meluncur, Tiba-tiba ada satu pop up keluar di skrin. Aku cuak. Aku berlari ke Amma nya.

"Amma! Porn tu ape ek?"

"Erk! Porn tu, cerita hantu ular. Nageen (ular jadian). Jangan tengok. Takut."

"Wah! Negeen? Tapi citer pasal apa amma?"

"Citernya pasal laki ni kena posses dengan Nageen. Dia pergi kacau bebudak perempuan. Nageen ni suka dengan perempuan. Dia akan membesar kalau nampak perempuan."

"La, tu je ke? Takde la seram pun. Nak nengok la."

"Hmm, lepas Nageen tu membesar, perempuan tu akan takut. Pastu dia cuba gigit Nageen tu. Tapi biasanya Nageen akan bertindak lagi ganas. Dia akan masuk ke dalam perempuan tu melalui tempat buang air. Perempuan tu akan menjerit-jerit macam kena histeria."

"Uik? Habis tu macammana nak bunuh Nageen?"

"Hmm, nanti Nageen tu akan pancutkan bisa dia kat perempuan tu. Biasanya di muka dan perempuan tu akan telan bisa dia. Pastu Nageen tu mati."

"Wah! Cam best je. Nak nengok juga la."

"Jangan! Nanti Nageen tu keluar, masuk ikut lubang dubur Vaji."

"Erk! Takmo-takmo. Takut!"

Semenjak itulah aku takut dengan perkataan tersebut dan tidak mampu untuk meneruskan langkahku ke kedai gunting rambut ini.


*sasha suruh aku wat mende ni... sile lihat blog beliau... pastu arini tema angker... so aku cube membuat citer angker berdasarkan gambar tersebut dengan pantas... arini bz sedikit... amacam? angker dok?

Wednesday, October 29, 2008

Kenapa? Tak Percaya Ker?

Tadi lunch kat belakang. Kedai hijau. Mahal. Imagine la satu meatball kecil je dah 50 sen. Tapi apa boleh buat. Takde kedai lain. Terpaksa. Kedai Pak Cik Bulu cam dah muak. Kedai HLA kena keluar awal. Tapar tempat lain, aku malas.

Time makan, mak cik kedai hijau datang untuk kira. Dia tulis di atas kertas kecil. So nanti just tunjuk je la kertas tu kat cashier.

Haikal:
Nasi + Ayam + Teh Ais: RM 5.30

Meezul:
Pulut Durian + Teh Ais: RM 5.00

Aku:
Nasi Goreng (pagi tadi punya) + Telur Mata Kerbau + Teh O Ais: RM 3.80

Aku dah habis makan. Kena gerak awal. Nak pergi beli barang. Aku pergi ke kaunter dan menunjukkan kertas harga makanan aku.

Mak cik cashier belek-belek kertas harga makanan aku. Lama dia tenung. Pastu dia bersuara.

"Tulisan ni susah nak bace."

"Cilakak. Memang RM 3.80 ler. Ko nak up banyak mane lagi. Takkan tak caya aku harga makanan aku murah. Kau nak berapa? RM 10?"

Tapi tu semua kata-kata dalam hati. Aku bayar dan berlalu pergi.

Shu... Shu... Shu...

Tuesday, October 28, 2008

Pertarungan Snuker

Nama: Hasmadi a.k.a Madi
Wakil: Kuala Lumpur
Gelaran: Dewa Letup
Tinggi: 175
Hobi: Melayan lagu abah-abah

Wakil Kuala Lumpur ini digelar Dewa Letup kerana kekuatan pukulan beliau sehinggakan bola-bola seperti menggigil-gigil tidak tahu untuk pergi ke mana. Malah bola terkeluar dari meja snuker seperti perkara biasa bagi beliau. Cuma bola yang terkeluar belum sampai ke tandas lagi.

Nama: Hamizul a.k.a Meezul
Wakil: Terengganu
Gelaran: Dewa Straight
Tinggi: 173
Hobi: Menonton video klip Morning Musume dan menari para para

Beliau juga kadang-kadang dipanggil Emang Manang. Ini kerana gaya beliau memang seakan-akan Eman Manan (kalau nak jumpe Eman Manan, pergi ke Pusat Snuker Taman Melawati). Gelaran Dewa Straight memang sesuai untuk beliau kerana pukulannya tidak pengkau. Mungkin memang dari kecil tangannya sudah dibedung.

Nama: Hazim a.k.a Hajime
Wakil: Selangor
Gelaran: Dewa Snuk
Tinggi: 184
Hobi: Menonton video klip Morning Musume dan menari para para (pengaruh Meezul terhadap rakan sebaya)

Dewa Snuk bukanlah bermaksud beliau hebat menynuk orang. Tapi kerana beliau selalu kena snuk oleh Madi dan Meezul.

Total Win untuk ranking Oktober:
Hajime: 8
Madi: 6
Meezul: 5

Tarikh: 27 Oktober 2008
Tempat: Pusat Latihan Snuker Wangsa Maju
Pusingan: 20
Markah: Hajime 10 - Madi 25 - Meezul 21

Hanya tinggal bola hitam sahaja. Aku tidak boleh menang. Bola hitam 7 point. Tak cukup. Aku perlu buat sesuatu.

Madi telah membuat pukulan. Dia terplacing bola hitam betul-betul di pinggir lubang. Dia pergi duduk ke satu sudut dan aku lihat dia senyum tak sudah.

"Dem. Camane ni. Kalau aku masuk, dia menang. So total win aku ngan dia makin dekat."

Tiba-tiba aku dapat satu idea. Aku berlakon. Konon-konon aku terlepas cue aku. Bola putih terbergerak sedikit. Faul. Tolak 7 markah.

Dengan mudahnya Meezul menyetlekan bola hitam dan menjadi juara.

Markah: Hajime 3 - Madi 25 - Meezul 28

Yeah! Dengan taktik keji, aku masih 2 kemenangan dihadapan mereka. Di satu sudut, aku dapat rasa aura maut yang kian marak.

Ah! Adakah aku tidak pandai berlakon?

Total Win untuk ranking Oktober:
Hajime: 8
Madi: 6
Meezul: 6

*aku dengan selamba menghantar surat cabaran secara terus kepada sifu aku... yoshz... ada berani?

Friday, October 24, 2008

West Trend, MLM?

"Ala, jomla."

Aku dipujuk rayu oleh rakan sepejabatku. Mengajak aku masuk Multi Level Marketing. West Trend katanya. Aku dah masuk banyak dah sebelum ini. Omega Trend? (wink-wink kat Yoshz) Up Trend? Apa-apa trend la. Semua aku dah masuk. Dah la nama West. Ni mesti bidaah-bidaah barat yang menyesatkan lagi ni. Ops! teracist lak aku.

"Takmo ah!"

Aku sedikit tensi. Kacau aku je. Nak layan Gossip Girl pun tak boleh. Baru dapat full season ni.

"Camni la, aku belanja kau."

"Ah! Menarik. Belasah sudah."

Lapar gak ni. Rejeki jangan ditolak bak kata orang jowo. Gossip Girl boleh tengok anytime. Siap la dia. Aku order makanan mahal-mahal, tapar dalam 3-4 makanan lagi. Best-best.

"Jum-jum!"

Kami pergi dengan kereta company. Menyalahgunakan harta benda company.

"Kita terus pergi MLM tu tau."

"Erk! Terus?"

"A'ah! Dekat jer."

"Belasah sudah, janji kau belanja makan. Siap ler. Nyam-nyam."

Dia membawa kereta menuju ke Taman Melawati. Parking. Keluar kereta. Menuju ke gerai makan.

"Ha, sini lah tempat MLM yang aku cakapkan tu."

"Uik? Kedai makan?"

"A'ah! Tu, nampak signboard tu?"

"Cilakak!"

Rasa nak je aku buat 'Tendangan Padu Maut' di saat itu juga.

Thursday, October 23, 2008

Awex Tanjung Rhu

update pantas!

"cerita kat langkawi...

ada satu jalan menghala ke tanjung rhu...

cerita orang2 kat sanalah.... ada seorang mamat bawak keta... ternampak seorang awek tengah menahan utk tumpang... tapi dia buat dek jer lah coz dia memang tau tempat tu agak "keras"...

dengan selamba nya dia terus memecut.....

tup2... dalam 10 minits lepas melalui tempat aweks tadi menahan keta... dia terasa ada something dok kat sebelah dia....

memberani kan diri untuk mengeling ke sebelah kiri.. alih2 nampak aweks tadi dok sebelah dia dengan wajah yang tak seberapa sedap mata memandang.... dan terus berkata...NAPER TAK BERENTI TADI???... lepas tu terus mengilai.... dan terus terbang keluar tingkap keta....

nak dijadikan cerita... terus mamat tadi demam seminggu... benda ni memang ada kat area situ... so sesiapa yang bercuti kat langkawi especially kat area jalan tanjung rhu... BEWARE..."

-m4xspeed from www.sembangtoys.com-

Tuesday, October 21, 2008

15?

15 perkara yang menunjukkan anda sekarang hidup dalam abad ke 21.

1. Anda termasukkan nombor pin ketika hendak memanas atau memasak makanan di microwave.

2. Anda sudah lama tidak bermain beberapa permainan secara realiti.

3. Anda tidak bercakap dengan rakan sepejabat anda di sebelah. Sekadar chatting secara online.

4. Anda menelefon adik beradik anda untuk menolong mengangkat barang yang baru dibeli.

5. Setiap iklan di televisyen mempunyai url web site di bahagian bawah skrin.

7. Tertinggal ponsel di rumah (di mana beberapa tahun lepas tidak pernah ada ponsel), menjadikan anda panik dan terus balik untuk mengambilnya.

8. Anda bangun pagi, membuka komputer dan online dahulu sebelum membuat benda-benda lain.

9. Anda mula senyum dengan menyengetkan kepala anda. =o)

10. Anda sudah lama tidak menulis tangan.

12. Ibu jari anda bergerak lebih pantas daripada jari-jari lain (pengaruh sms terhadap rakan sebaya).

13. Anda membaca pos ini dengan tersengih.

14. Anda terlalu pantas sehingga tidak perasan nombor 6 tiada.

15. Anda baru perasan nombor 11 juga tiada.

*ade sedikit edit...

Monday, October 20, 2008

Teh Woo Limauwaiss!

Isnin

Cha! Teh woo waiss une!

Siap!

Beberapa minit kemudian.

Cha! Kaniki cha!

1 ringgit 50 sen boss!

Teh O Ais = RM 1.50
________________________________________________________________

Selasa

Cha! Teh woo limauwaiss une!

Siap!

Beberapa minit kemudian.

Cha! Kaniki cha!

2 ringgit boss!

Pergh! Limau 50 sen?

Teh O Limau Ais = RM 2.00
________________________________________________________________

Rabu

Cha! Teh woo waiss une!

Siap!

Cha! Ada limau tak?

Ada.

Beberapa minit kemudian.

Cha! Kaniki cha!

1 ringgit 50 sen boss!

Teh O Ais + Limau = RM 1.50

Apakah?
________________________________________________________________

*kaniki tu maksudnya kira... bukan kira death note ya... oh! aku juga telah menyediakan ruang tuk bergosip ya!

Sunday, October 19, 2008

Kemaskini Pantas!

Pembaziran duit untuk hari ini. Bukan duit betul, duit maya.

Transformers Animated Swoop

Transformers Animated Megatron (Cybertron Mode)

*update pantas!

Saturday, October 18, 2008

Hujung Minggu

Beruang sedang berleluasa di dalam rongga hidung ke tekakku. Maka aku duduk di rumah. Sekadar mengemas bilik. Memasukkan permainan yang akan dijual ke dalam kotak. Mempamerkan Transformers Animated. Komik? Later. Tidur dulu.

*ah! aku update blog ketika hujung minggu!

Autobots (Aku just tiada Swoop sahaja dan Bumblebee aku versi biasa)

Decepticons (Aku tiada Megatron)

Thursday, October 16, 2008

Kucing Lagi?

Disebabkan ada orang telah mengomen padaku yang dia mahukan kisah angker sebenar, maka aku akan ceritakan yang pernah berlaku pada member aku, Jaguar (bukan nama sebenar, nick di sembangtoys).

Diharap kepada yang mempunyai jantung yang lemah supaya membacanya beramai-ramai dan bukan berseorangan di bilik . Bawah 18 tahun juga diharap dapat membaca bersama ibu atau bapa anda.

*sebenarnye aku x sempat update... pasal tulang ngan ade meeting jap lagi... so aku copy paste saje... enjoy ya!

"ade satu time tue, arwah mak and nenek aku tinggal berdua aje..mase tu bapak aku tgh posting kat sabah..so nak jd cite malam tu takde karen..and time tu kalo tak silap family aku dok kat PD..(mase tu aku blum lahir lagi)

so mlm..dah la takde karen..so mereka berdua dok jelah lepak²..and kalo tak silap aku time tu arwah mak aku baru keguguran...tgh rilek², mcm dgr bunyi berkocak..kuat jugak lah bunyinye...arwah mak & nenek aku pun jd kalut sket..'Benda ape bunyi kocak mlm² bute nie?' then slow², merangkak kuar dr bilik bertemankan lilin..then dlm samar², nampaklah sesuatu...kat ruang tamu family aku ade letak balang isi ikan perhiasan..ikan emas kot..kat situ dorang nampak seekor kucing ngah kocak² air dlm balang tu..nak main² ngan ikan..

tp yg misterinye..balang tu berada di atas meja..(meja or almari aku tak pastilah)...meja yg tingginya paras dada org dewasa...and kucing tu bukan duduk atas meja tu..kakinye kat atas lantai and tgn dia kocak² air balang tu.....Masya allah..badan kucing tu jd panjang....

apa lagi..bedezup dorang masuk dlm bilik...and lepas beberapa ketika, dengar mcm bunyi org kunyah sesuatu..arwah mak & nenek aku buat dek je dlm bilik..tak berani kuar...sampailah besok pagi...

and pg tu check²..janin baby yg gugur tu dah takde..padahal letak dlm baldi..tutup ngan dulang and letak batu giling...takde kesan bersepah..dulang tertutup rapihgan batu giling kat atas dia..tp janin tu dah takde... masya allah..astragfirullah hal azim...." -Jaguar-

Cerita ini tidak di edit. Straight from the heart of Jaguar. Cewah!

Wednesday, October 15, 2008

Menyamar Kucing Tidur

Aku di hadapan komputer dalam imaginasi pengarang

Hari ini aku malas. Malas pergi ke hospital. Tapi terpaksa pergi untuk mencabut tulang.

Hospital Selayang! Nantikan kedatanganku!

Tuesday, October 14, 2008

Lados a.k.a Rokok

Starbucks, Jaya Jusco, Wangsa Maju. Aku sedang 'lek lu sap kok lu' dengan Terrorizer (nick di sembangtoys).

Aku ingat, berjumpa dengannya sekejap sahaja. Cuma sekadar melakukan transaksi. Sekali meleret sampai ke 3 hingga 4 jam. Gossip Boy. Wink-wink!

Oh ya! Aku membeli Transformers Animated Bumbleebee, Prowl dan Ratchet dengan harga yang menarik daripadanya. Terima kasih Terrorizer.


Transformers Animated Bumblebee


Transformers Animated Ratchet


Transformers Animated Prowl

Sedang hangat bergosip, seorang mamat datang ke meja kami.

"Bang, rokok satu bang."

Mamat tersebut dengan muka selenga meminta rokok daripada Terrorizer. Agaknya dia nampak rokok Terrorizer di atas meja. Kami memandang mamat tersebut kemudian Terrorizer mengambil sebatang rokok dan memberikannya kepada mamat tersebut.

"Api ada?"

Terrorizer mengambil lighternya dan menyalakan rokok yang diberikan tadi. Kemudian mamat tersebut dengan selamba terus berlalu pergi.

Apakah?

Monday, October 13, 2008

Siren - Dengarlah Aku

Silalah dengar lagu kedua daripada Siren. Dengarlah Aku. Lirik dan lagu oleh Shaf Siren. Anda boleh klik play di player yang terdapat di kanan atas.

Berkali ku katakan padamu
Puas sudah ku merayu-rayu
Bagaimana untukku meyakinkanmu

Setiap saat ku impikan
Ku disisimu ketika kau bersedih
Dan hanyaku yang mampu buat kau tersenyum

Lihat mataku, jadikan diriku
Sesuatu teristimewa di hatimu
Dengarkanku, bisikkan padaku
"Engkaulah pilihan hatiku"

Berkali ku katakan padamu
Puas sudah ku merayu-rayu
Bagaimana untukku meyakinkanmu

Lihat mataku, jadikan diriku
Sesuatu teristimewa di hatimu
Dengarkanku, bisikkan padaku
"Engkaulah pilihan hatiku"

Lihat mataku, jadikan diriku
Sesuatu teristimewa di hatimu
Dengarkanku, bisikkan padaku
"Engkaulah pilihan hatiku"

Dengarkanku
"Engkaulah pilihan hatiku"
Bisik padaku
"Engkaulah pilihan hatiku"

Dengarkanku
"Engkaulah pilihan hatiku"
Bisik padaku
"Engkaulah pilihan hatiku"

Dengarkanku...

Lirik & lagu: Shaf Siren

Lagu ini 90% siap. Kalau anda perasan, lirik berwarna merah tidak dinyanyikan. Kami perlukan penyanyi wanita untuk menyanyikannya. Keyboard juga tidak dimasukkan lagi. Aku la tu. Isk...

Anda boleh layari amp Siren atau siapa yang mempunyai akaun myspace, boleh menjadi fan Siren dengan mengadd Siren di myspace Siren.

Silalah komen lagu ini. Komen anda semua dihargai dan diperlukan untuk kami, Siren. Terima kasih ya!

Friday, October 10, 2008

Angkasawan

Kalau aku cerita aku juga ingin menjadi angkasawan, adakah anda semua akan gelak berguling-guling?

Ya. Aku ingin menjadi angkasawan. Aku ingin melihat apa yang terdapat di angkasa lepas. Tapi tujuan utama aku sebenarnya ingin melihat adakah terdapatnya bendera Amerika di atas bulan.

Aku tidak percaya. Banyak bukti yang mengatakan itu semua dakyah-dakyah sesat Amerika. Penipuan yang dibuat semata-mata ingin menandingi Rusia di mana Yuri Gagarin berjaya mengelingi bumi.

Aku boleh memberi bukti-bukti yang Neil Armstrong tidak pernah menjejakkan kakinya ke bulan. Tapi simpan untuk pos akan datang. Pos ini cerita lain.

Berbalik kepada tadi. Aku tau peratus hendak menjadi angkasawan terlalu sedikit. Tapi aku ingin bergaya dengan baju angkasawan. Aku sering melayari ebay untuk mencari baju angkasawan yang murah-murah.

Akhirnya aku telah terjumpa baju angkasawan. Tidak perlu ke luar negara. Murah sahaja rupanya. Aku ingatkan berpuluh-puluh ribu. Sila klik 'lihat' di bawah untuk melihatnya.







Baju angkasawan

Murah bukan? Tetapi aku tidak boleh memakainya. Ternyata ia racist kepadaku. Isk...


Thursday, October 09, 2008

Bau Wangi?

0400 local time. 1200 UTC time. Jumaat. Aku, Sasha dan Joe on the way balik rumah. Aku kena menghantar mereka ke Setiawangsa, rumah Sasha. Joe tidur rumah Sasha. Ketika ini, Wagedek masih lagi menemaniku.

Kami dari Petaling Jaya. Melalui Middle Ring Road 1 atau Jalan Lingkaran Tengah 1 atau Lebuhraya Mahameru. Sepanjang perjalanan kami bercerita kisah-kisah Angker. Ketika kami melalui kawasan Kenny Hill (Sasha kata Kenny Hill), suasana di dalam kereta automatik menjadi sepi. Aku tercium bau yang wangi. Sasha senyap membisu. Begitu juga Joe. Joe ini bukan lelaki ya. Perempuan.

Sasha duduk di sebelahku. Aku lihat dia seakan-akan mengecil. Mengerekot. Seperti cuba menyamar penyu yang hendak menyembunyikan dirinya di dalam cangkerang. Joe di belakang bergerak ke hadapan dan memeluk sit Sasha.

Aku? Selama ini aku memandu, 75% aku akan melihat menerusi rear mirror dan side mirror. Tapi, ketika ini, aku cuak untuk melihat menerusi rear mirror dan side mirror. Otakku mula berimaginasi.

Imaginasi-imaginasiku:
  • ada sesuatu terbang di sebelahku selari dengan kereta.
  • rambut atau tangan perlahan-lahan turun di cermin depanku.
  • terdapat 'orang' lain di sit belakang.
  • tetiba ada sesuatu jatuh di bonet hadapan keretaku.
  • budak kecil warna biru duduk kat bawah stereng.
  • ramai-ramai sedang 'lek lu sap kok lu' di bonet belakang.
  • sebenarnya bukan Sasha atau Joe yang di dalam keretaku.
"Eh! Korang ada bau wangi dok?"

Aku memecah kesunyian untuk melenyapkan imaginasiku. Tapi Sasha dan Joe masih begitu. Menyamar sesumpah. Kaku sahaja. Sepanjang perjalanan begitu. Sehinggalah sampai ke rumah Sasha.

Selepas menghantar mereka, aku semakin cuak. Aku akan berseorangan sehingga sampai ke rumahku. Dah le aku akan melalui jalan yang gelap dan sunyi. Duh...

Aku meneruskan perjalanan. Hatiku berdebar-debar all the way to rumahku. Sampai sahaja aku di hadapan rumahku, azan Subuh berkumandang daripada masjid di hadapan rumahku. Aku menghembus nafas lega. Alhamdulillah, tiada apa yang berlaku.

Wednesday, October 08, 2008

Kuih Roti Canai?

Breakfast di kedai hijau belakang office. Ada seorang pelayan wanita. Rasanya dia dari Indonesia.

Rakan sepejabatku Ida (bukan nama sebenar, nama panggilan) telah menelefon seorang lagi rakan sepejabatku yang sedang makan bersamaku, Abang Haji (bukan nama sebenar, nama panggilan baru). Ida ingin meminta Abang Haji membelikannya makanan.

"Hello."

...

"Kuih?"

...

"Eh! Kuih ada tak zim?"

"Entah! Ko tanye la dia."

Aku menunjuk ke arah pelayan wanita yang baru itu tadi.

"Kak! Kuih ada tak?"

"Kuih? Ada!"

"Kuih apa ada?"

"Roti canai!"

Apakah?

Inikah kuih yang dimaksudkan?

*lepas tu layan gak la gelak... cian pelayan tu... ah! aku berjaye membuat pos yang pendek!

Tuesday, October 07, 2008

Aku & Teknologi: Internet

Dahulu

Anda semua masih ingat zaman mIRC dolu-dolu?

hi!
wanna chat?
asl?

Layan sehinggakan aku pun membuka channel sendiri, #tess.

Habis chatting, bertukar-tukar email. Aku sanggup keluar tengahari setiap hari secara haram semata-mata untuk mengecheck email, mana tahu dah ada gadis yang telah ku chatting dengannya sebelum ini menghantar gambar. Gambar-gambar yang dapat semuanya sopan. Ayu berbaju kurung.

5-10 minit diperlukan untuk membaca dan mengreply. Chatting? Malam punya cerita.

Masih ingat ketika internet menggunakan dial up? Ketika itu kita semua penyabar orangnya. Lag 5 minit, sudah biasa. Disconnect, connection sello, itu semua lumrah.

Berapa lama lagging, tuhan sahaja yang tahu. Kalau chatting kat channel, sedar-sedar dah 4-5 topik terlepas. Kalau bukak page yang banyak gambar, sempat pergi dapur buat air sampai air tu keluar balik lagi. Tapi kita relax sahaja. Berserah pada takdir.

Sekarang

Semua dah kureng main mirc. Sekarang layan yahoo messenger, msn, skype atau yang sewaktu dengannya. Ditambah pula dengan myspace, friendster, facebook atau yang sewaktu dengannya. Kiranya hanya orang zaman ais sahaja yang tidak pernah ada akaun yang sebegini. Betul atau tidak jack a.k.a addam?

Kalau dolu-ikita lebih kepada email. Sekarang semua main komen-komen. Macam hendak beritahu semua orang apa yang kita bualkan. Yang aku tak tahan, siap gunakan buletin untuk bergaduh, maki-maki semua. Apakah?

Gambar? Berlambak sekarang. Posing? Macam-macam ada. Tapi posing wajib mesti ada. Sila click sini.

(mengelap air liur yang meleleh)

Internet laju gila. Bila lag 3 saat, terus call support tanya apa masalah. Surf facebook lembab je terus maki hamun semua keluar dan tutup web browser. Tahap kesabaran dah berkurangan.

Haih... Dunia semakin pantas.

*update pantas daripada aku... nantikan di episod akan datang...

bersambung...

Monday, October 06, 2008

Neslowwwais!

Fuh... Lama tak layan breakfast. Tapi hari ini semua kedai tutup lagi. Diorang ni nak berniaga ke tak ni. Sedikit emo.

Nak tak nak aku kena pergi kedai mamak. Aku kureng sikit kedai mamak ni actually. Tapi belasah sudah. Aku perasan para pekerja lama macam dah tiada. Semua muka baru jer.

Seorang pelayan datang mengambil order. Hari ini aku terasa nak minum neslo ais. Lama dah tak minum minuman bersusu.

"Cha! Neslowwais wwunne!"

Pelayan tersebut menggeleng kepala.

"Aler, kalau camtu bagi teh wo wais la."

Aku sedikit kuchiwa.

"Milo ais satu cha."

Pelayan tersebut mengambil order rakan sepejabatku dan berlalu pergi. Ketika sedang rancak bergosip raya sementara menunggu order kami sampai, aku terperasan mamat di meja sebelah aku punya minuman.

"Eh! Meja sebelah ni minum nescafe kan?"

"A'ah la. Nampak cam nescafe."

"Tadi ko order milo kan?"

"A'ah."

Kebetulan pelayan tadi sampai dengan minuman kami, teh o ais dan milo ais.

"Cha! nescafe ais ade tak?"

Pelayan tersebut menganggukkan kepalanya.

Apakah?

+

=

*aku harap macha tadi bace la blog aku ni...