Monday, March 30, 2009

Keyboarder?

Boleh sesiapa terangkan padaku, bagaimana hendak menggunakan 'ist' atau 'er'. Juga 'ese' atau 'ian' dalam Bahasa Inggeris?

Aku keyboarder dalam kugiran Siren. Aku juga boleh menjadi guitarer atau drummist. Betul tak ayat aku?

Gombakian ke Gombakese?

Jika aku pelumba kereta handalan, kenapa aku dipanggil 'racer', bukan 'racist'?

Bagaimana?

Sila tonton video mari belajar Bahasa Inggeris di bawah.

Friday, March 27, 2009

Siri Bercakap Dengan Yoshz

Sila baca pos Yoshz di sini:

http://budakyangjahat.blogspot.com

Yoshz tipu. Dia pernah kena interview. Ketika dia hendak mencari kerja pun dia kena interview. Walaupun guna kabel.

Ketika itu aku, Yoshz dan rakan2 yang lain pergi menziarahi seorang rakan di rumahnya. Ketika Hari Raya kalau tidak silap aku.

*aku tak ingat rumah sape... dan dengan sape... maaf ya!

Sedang asyik layan makanan sambil menonton televisyen, tiba-tiba keluar adegan seorang jejaka di televisyen.

"Cilakak. Baju tu cam baju aku."

"Mana Yoshz?"

"Kat tv tu."

"A'ah a."

"Muka pun lebih kureng."

"Eh! Itu kau la Yoshz!"

"Eh? A'ah la."

Yoshz terus menjadi popular ketika itu dan memberi tandatangan kepada rakan-rakan lain.

*kisah ni aku edit sikit2... sebenarnya yoshz cakap dalam hati... lepas tu baru dia cerita kat aku... yoshz memang tak perasan langsung yang tu dia... agak sello gak dia ni kan? timing memang tepat... glamour la kejap...

Anda hendak tau dialog Yoshz?

"Apakah yang anda akan buat ketika bertemu dengan rakan anda?"

"Memberi salam."

"Bagaimana?"

"Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh."

Dapat RM 80.00.

*yoszh! kalau salah sila bagitau...

Thursday, March 26, 2009

Poker Puaka

Hari ini Nogami malas hendak pergi kerja. Dia sudah ketagih dengan Facebook. Semenjak dua menjak ini, dia asyik bermain Poker di Facebook. Dia mengambil keputusan untuk berpura-pura sakit untuk menghilangkan ketagihannya.

"Boss! Hari ini saya mc. Sakit tulang penampar nyamuk."

Boss Nogami kaki komik-komik Hong Kong. Dia mesti tahu tulang penampar nyamuk di mana.

"Yes! Hari ini aku mesti dapat at least 1 million."

Nogami menukar status Facebook nya.

'Malas bekerja... MC pasal nak main Poker! Ayuh!'

Nogami asyik bermain. Hinggakan tidak sedar sudah masuk waktu Maghrib.

"Duh. Tak sampai target lagi ni. Baru 500k."

Tapi Nogami terpaksa juga berhenti sebentar kerana takut tiba-tiba ada petir menyambarnya daripada belakang.

Ketika dia hendak berhenti daripada bermain poker, dia ternampak sesuatu. Dia terkedu. Peluh jantan mula membasahi seluruh badannya.

"Mati aku. Mati."

Nogami semakin cuak. Tidak tahu hendak berbuat apa-apa. Matanya masih lagi terpaku ke skrin. Tidak dapat mengalihkan pandangannya. Setelah beberapa minit kemudian, Nogami rebah. Tubuhnya lemah longlai.

Di skrin monitor Nogami, kelihatan profile bossnya yang berstatus...

'MC? Esok datang opis, amik surat. Pastu main la Poker tu puas2 setiap hari.'

Wednesday, March 25, 2009

Kamen Rider Decade?


HENSHIN!!!


KAMEN RIDE


DECADE!!!

*err... kalau pasni aku xde dalam beberape bulan... tu tandenye aku dah ditangkap cia...

Monday, March 23, 2009

Braces? -18SX-

Ketika sedang berbual di telefon dengan rakan wanitaku.

"Esok ko gi mana-mana tak ek?"

"Esok aku kena gi jumpa doktor gigi."

"Nape ek?"

"Nak check breast aku ni a."

"Err, maksud kau, braces?"

...

"Ok. Bye!"

Dia meletakkan telefon. Aku terpinga-pinga (naive+innocent).

Fakta:

Dental braces (also known as orthodontic braces) are a device used in orthodontics to align teeth and their position with regard to a person's bite. They are often used to correct malocclusions such as underbites, overbites, cross bites and open bites, or crooked teeth and various other flaws of teeth and jaws, whether cosmetic or structural. Orthodontic braces are often used in conjunction with other orthodontic appliances to widen the palate or jaws or otherwise shape the teeth and jaws. While they are mainly used on children and teenagers, adults can also use them.

Thursday, March 19, 2009

Bbbrrr.....

aku masa U dulu suka benor ngan outdoors activities (tp org tgk aku mesti tk caya aku nih outdoorsy LOL)
sampai keje setahun dua pon still pegi.. bak kata org jauh berjalan byk nampak
citer nyer mcm nih..

hari tu hari pertama kami masuk gua, masuk hutan tgk binatang liar. tgh mlm baru abih activity
kami tk camp sbb ada facilities utk tido. mmg ada blok2 utk budak2 kursus tido
so kami amik satu dorm

dorm nih mmg mengerikan.. korang bayangkan la tmpt org tk baper nk pegi
tp sbb kami penat sgt lepas blk tuh , lepas mandi dan solat kami pon tido
sume org tido katil bawah sbb malas nk tido katil atas since kena panjat dan bukak tilam
katil bawah mmg dh ready ada bedspread

esok pagi around 6am aku terbangun sbb ada org solat subuh kt sebelah katil aku
aku pon bangun and amik wudhu utk solat
lepas aku solat aku ingat nk mandi tp besfren aku tk bangun2
besfren aku lazimnya adalah org yg mendahului aku bab solat subuh
so aku kejut dia utk subuh, dia bangun wudhu n solat pehtu terus tido blk
aku pelik, sbb bertahun kami kwn dia bukan stok sambung tido sgt kalo kuar outdoor

around 7am aku baru abih mandi tgh kemas2 katil
kwn aku menegur "memang buku ko cam gituh ke before ko tido mlm td?"
aku tgk buku aku sebelah bantal, buku dah tetonggeng lepas tuh bentuk dh macam kipas
aku pon ckp yer je la.. tp aku rasa kwn aku tau habit aku suka dog-ear buku aku n tutup betul sebelum tido
tp sbb muka aku cuak dia pon ckp dia kena ckp ngan somebody apa jadik mlm td (dem!)

mlm td after tutup lampu dia tertido pehtu tk lama lepas tuh dia cam terbangun
sbb geng kami yg twin dah mengigau yg dasat (mmg deme salu ngigau tp salu nyeh tk mcm nih)
besfren aku seriau.. dia kata dengkuran aku je buat dia tenang (meaning ada manusia normal lain selain dia la)

tak lama lepas tuh ada org bisik kt telinga dia, gelak2 halus and amik buku aku bukak tepi muka dia
bukak buku mcm korang mengipas duit yg byk sampai bunyi jadik "bbbbrrrrrrrrr"
dia cuak, dia tarik selimut dia tutup kepala tapi ada plak bende nih tarik2 selimut dia turun
dia pon bengang dia ckp jgn la kaco, terus mende tuh gelak kuat2 and lompat atas sume katil sebelah atas
lompat dari katil atas aku ke katil atas dia dan org2 lain nyeh katil atas gak sambil jerit2

tuh dia tanya tkde ke aku dengar atau rasa apa2 mlm tadi? aku ckp aku mmg mangkor i.e. tido mati
dia ckp dlm byk2 mende dia kena ini lah paling ganas
dia kata benda nih stop bila ada one of us bangun pasang lampu around 3-ish utk solat tahajjud
besfren aku denga minah yg bangun nih cam sound apa tah before dia bangun and pasang lampu
series berani!~

p.s. though aku n kwn aku keje in d same building n lunch date tetiap hari.. kami tk penah bukak citer nih lagi.. seriau~

*thanx to hushay daripada sembangtoys!

Wednesday, March 18, 2009

Senandung Irama Musika


Marilah datang ke gig kedua Siren dan layarilah www.myspace.com/suarasiren.

03-28-2009 21:00 at Senandung Irama Musika Sa-Malaya
D’Marego Studio, Ampang Point, Kuala Lumpur.

Mengambil insipirasi memartabatkan nusa Bahasa Melayu, lahirlah gigs khas yang menampilkan empat kugiran2 muda-mudi yang gigih memperjuang dan menaikkan seni karya gubahan lagu dengan Bahasa Ibunda...

Tapi studio muat dalam 25 orang je. Buat suka-suka sahaja.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ini pula aku langsaikan tag daripada Cik Jules.

Do u think you' are hot?

Ah! Aku tak hot. Aku cool.

Upload a favourite picture of you:



Gives three reason why u like that picture:

1. Gambar armour aku yang terbaru. Armour-armour lain ada kat gudang simpanan.
2. Baru lepas berperang dengan Mandarin. Selesaikan masalah dunia.
3. Sangat stylo dan kachak! Tak dapat dinafikan bukan?

When was the last time u ate pizza?

Aiseh. Tak ingat la. Kalau Ayam Goreng McD Spicy ingat la.

The last song u listen?

Siren - Selamanya

What are u doing right now besides this?

Programming. Karaoke lagu selamanya. Bermain gitar sekali. Yahoo Messenger. Wah! Sangat Multitasking.

What name you prefer besides yours?

Honey. Darling. Chenta Hati. Tapi ini semua untuk perempuan panggil sahaja.

People to tag:

Aku tak tahu nak tag siapa. Pasal aku takut orang tu dah buat. So, sesiapa nak buat, silalah!

*yes! berjaya skip soalan2 yang lain!

Tuesday, March 17, 2009

Maaf!

Saya dengan ini meminta maaf kepada Encik Tomok dan menarik balik kata-kata nista kerana anda memang hebat di konsert OIAM yang lepas. Tahniah!

Cuma vokal perlu diasah lagi ya!



*aku tahu ramai dah pos banda ni... saja je... sure lepas ni aku kene kutuk... tapi tengok sendiri la... showmanship dia kali ni memang suppa! tak dinafikan... tapi tak semestinya aku minat tomok ya! cuma kagum sekejap saja...

Monday, March 16, 2009

Sea Park? Sepak?

"Zim! Jom pergi bank-in cek."

"Jom. Kat mana?"

"CIMB Sea Park. Pantas sikit dapat."

"Kat mana tu ek?"

"Tah. Kita cari la nanti. Hanim ada bagi map."

Setelah di'fast-foward'kan.

"Shaf! Tu! Tu! Taman Sea! CIMB pun ada tu a."

Setelah sampai dan masuk ke dalam bank tersebut. Di'fast-foward'kan lagi sekali.

"Kak. Ni CIMB Taman Sea ek?"

Aku cuba bertanya dengan akak bank di situ untuk konformasi.

"A'ah!"

"Kalau bank in cek ni kat sini, sekejap je la kan?"

"Mana cek tu?"

Aku menghulurkan cek tersebut.

"Eh! Tak. 3 hari proses ni."

"Tapi tu cek CIMB Taman Sea yang keluarkan."

"Ni CIMB Sea Park yang keluarkan. Bukan CIMB Taman Sea."

"Eh? Taman Sea dengan Sea Park Lain ek? Bukan dalam bahasa melayu Taman Sea, bahasa inggeris Sea Park?"

"Bukan. Lain."

Malu saya.

*teringat kisah ni pasal tadi aku argue... setapak garden dengan taman setapak sama atau tidak... dan silalah enjoy video di bawah ini ya!

Thursday, March 12, 2009

Pad? Mouse Pad?

Kisah yg akan ku ceritakan ni berlaku 28 tahun yg lalu. Ni pn mak aku yg ceritakan sebab kejadian ini berlaku pada member dia. Cerita ini berkisar tentang seorg pelajar Dari UM yg sedang bershopping bersama teman2 mereka. Nama shopping komplex x berapa nk ingat sebab dh lama sgt. Masa diorang dok sebok berwindow shopping, salah sorang dari mreka nak ketoilet nk tukar pad sebab dtg bln. Selepas selesai tukar, dia pn terus je kluar dari toilet.

Dalam perjalanan untuk turun ke main enterance, dia baru teringat yg pad dia tadi dia lupa nk buang. Sebab rasa bersalah/malu dia pn mengajak member teman. Sampai je kat pintu toilet, dia rase semacam. Pintu toilet to x bertutup rapat dan ternampak ada seseorg di dlm. Dia menunggu sambil mengetuk pintu tandas tapi x dilayan. Dia sempat Berdeham beberapa kali, dan masih tidak ada respon. Dalam keadaan bengang dia terus je menolak pintu tersebut dan alangkah terkejutnya dia apabila mendapati satu lembaga brmata merah sedang menjilat pad tersebut dengan lidahnya yg panjang. Disebabkan terlampau terkejut, dia pn menjerit lalu jatuh pengsan. Member kat luar td terkejut dgn jeritan dan terus masuk sambil memapah yg pengsan ni keluar.

Lepas beberapa hari selepas kejadian, dia pn meninggal dunia kerana akibat dr terkejut yang amat dasyat. Ditambah pula dia ada problem dengan jantung. So, lps ni bg sesiapa yg ada bini/awek ingat2kan lah mereka agar pad yg telah dguna perlu dbasuh dan d buang dgn sempurna mahu pn ketika berada d rumah. Benda tu mmg berada d mana2 dan tggu peluang je nk makan. :twisted: :twisted: :twisted:

*hasil nukilan akuketagihtoys daripada www.sembangtoys.com

Wednesday, March 11, 2009

Artis!

Aku tidak ingat bagaimana dan kenapa aku berada di sekolah lamaku, Sekolah Tuanku Abdul Rahman. Aku hanya ingat ketika aku dan Hanif a.k.a Duke bersama-sama ke surau sekolah untuk sembahyang Maghrib.

Ketika aku dan Hanif masuk ke dalam surau, aku dapat rasa beberapa pasang ata memerhatikan kami. Kemudian mereka berbisik satu sama lain.

"Apa diorang ni tak pernah tengok aku ke Nip?"

"Toh."

Memang tak pernah sebenarnya. Mereka belum masuk ke sekolah lagi ketika kami ada. Ke pasal tak pernah tengok super senior. Ada je super senior yang lain ketika itu.

Aku lihat juga pada diriku. Ada silap butang ke, tak zip ke, apa ke. Tiada. Muka pun kachak seperti biasa. Hanif juga begitu. Akhirnya kami buat bodoh sahaja.

Keesokan paginya kami pergi la berjumpa dengan cikgu-cikgu kami. Akhirnya kejadian semalam terbongkar setelah kami berjumpa dengan ustazah kami.

"Ustazah kasi tengok Allughatularabiah yang kat TV1 tu?"

"A'ah! Siap tunjuk lagi kamu berdua dalam tu."

"Adeh! Patutla."

Tiba-tiba ada 2 orang junior datang kepada kami.

"Abang ek yang dalam allughatularabiah tu?"

Ketika itu dapatku rasakan bagaimana perasaan artis-artis. Ada sesiapa yang mahukan tandatanganku?

Sunday, March 08, 2009

Apa Ada Pada Nama

Tag daripada NAD!

STAR WARS NAME:(the first 3 letters of your last name, first 2 letters of your first name)
NOHHA (pish... posh...)

DETECTIVE NAME:(favorite color, favorite animal)
RED FOX (agak style!)

SOAP OPERA NAME:(middle name, town where you were born)
BEN GOMBAK (bin boleh kira middle name dok? aku ubah sikit... jadi ben!)

SUPERHERO NAME: (2nd fav color, fav drink, add "THE" to the beginning)
THE BLACK COFFEE (care2...)

FLY NAME:(first 2 letters of 1st name, last 2 letters of your last name)
HAOH (macam kamen rider gaoh je...)

ROCK STAR NAME:(current pets name, current street name)
NO NAME 14th (miao aku sekarang takde nama... aku panggil gitu2 je... so boleh la ni kan? agak stail gak...)

PORN NAME: (1st pet, street you grew up on)
HE-MAN 14th (wah!)

YOUR GANGSTA NAME:(first 3 letters of real name plus izzle)
HAZIZZLE (zzzzzzzzz)

YOUR GOTH NAME:(black, and the name of one of your pets)
BLACK CICAK! (yeuw... cam cicakman...)

STRIPPER NAME: (name of your fav perfume, fav candy)
GIORGIO KIT KAT (kalau kitty ni lagi care ni...)

WIZARD'S NAME: (last 3 letters of mother's name, first 3 letters of current job, first 3 letters of your zodiac sign and last 3 letters of home street's name)
NAHSOFVIR 4TH (menarik!)

PIRATE'S NAME: (fav action hero's last name, your 'pet' name, fav comedian's last name) add "Captain" to beginning
CAPTAIN STARK NO NAME WHO? (selamba aku taktau fav comedian aku)

VERDICT: I should stick with my given name. Bosan betul. Ya... Betul!

Apa lagi. Siapa yang baca, anda di TAG!

Thursday, March 05, 2009

Complaint... Complaint... Complaint...

aku terpanggei utk citer kisah aku nih sbb aku kesian kt si jime yg dahagakan darah tuh
at first, aku ingat aku create nick nih setakat nk tumpang baca ja *sigh*

Intro :

aku dulu budak teknik. ada budak form 4 n form 5 je (utk sesape yg tatau sekloah teknik)
tp sekolah aku special, student laki ada dlm 300++ tp student pompuan ada 42 org je
dorm laki ada dari block A sampai block F, aspuri ada 1 block je..
dorm yg dipakai hanyalah 3 (tingkat 1 je, tingkat 2 kosong dan tk pernah ada org naik)
bayangkan lah.. kalo pk balik mmg seram dah tp sbb masa tuh muda belia n kekawan ramai tkde le rasa apa apa
tp kalo parents or adek beradek visit mesti deme ada komen2 tk best i.e. gloomy la, tlg teman p toilet, mcm rumah hantu, etc.
aku tatau apsal bende2 nih tk trigger ketakutan dlm hati kami penduduk aspuri masa tuh
prolly, we just too young to give a damn

masa aku form 5, aku jadik ketua dorm (mak aku pon tk pecaya masa nih.. dia ingat warden tuh ada 'hal' ngan aku.. mmg pon)
jadik ketua dorm nih best gak la.. tp ada gak la benda2 yg buat aku turn off
dan salah satu dari nya bila aku kena jadik 'a good listener' atau 'a pacifier' (pompuan gadoh sgt tk best)
kira sometimes it takes me a whole lotta patience utk tadah telinga je la
aku jarang komen sbb aku jenis bukan suka sgt plays a shrink
tp plg aku menyampah bila ada aduan angker.. apa aku nk buat dowww
walaupon aku ada lah org pertama bangun kt dorm aku bukan org pertama bukak lampu
from there u can deduce that i am not gonna be ur conan/kindaichi on such cases/complaints

Complaint #1:

"Mon, aku rasa baik suh si F tido atas katil dia la.."

Jiran sebelah katil aku suka tido atas lantai. dari Form 4 aku tk penah tgk dia tido atas katil
alasannya dia kepanasan (dulu aku pernah tanya kt umah pon tido atas lantai? tp aku dpt pandangan mengerikan dr bebudak lain.. aku ingat umah dia tadak katil sbb according to kwn2 aku family dia nih less fortunate)
aku tk suka kuarkan perintah tanpa sbb so aku suh kwn aku si Pengomplen (complainer) nih explain

"ini bukan first time dow.. tp dh a few night s aku bangun nmpk sweet ppl (pocong) tido atas katil dia (which is sebelah aku.. jauh katil dia tk sampai selengan). aku bukan niat nk takutkan ko tp aku rasa tk best la asik terbangun and nampak. mlm td plg cilaka sbb bende tuh siap duduk and pandang keliling, selalunya bende tuh baring je"

so bayangkan perasaan aku masa nih.. ko rasa sape mangsa? Pengomplen?

Complaint #2 :

"Ada bunyi org jalan la, bukak air la kt Tingkat 2 (baca intro).. susah aku nk study" -> stok suka study pepagi/midnite

kes nih bagi aku tk teruk sgt sampai la aku pon kekadang terdengar tp aku buat dek
aku pass kes nih kt budak dorm aku yg semangat lebih sket utk siasat
apa korang rasa dia jumpa kt atas?

"berdebu kt atas tuh. ada 4 dorm penuh katil.. ada yg ada tilam ada yg tkde. tp satu tapak kaki pon tkde."

concluded, dh jd rumah deme le tuh

*thanx to hushay from sembangtoys... aku tak edit pun cerita dia... kasi ade keoriginalitian... (padahal malas nak edit)

Wednesday, March 04, 2009

RM 10 000 000.00

Wargh! Tolong aku! Aku perlukan sedikit wang!

RM 10 000 000.00!

Aku nak beli benda ini! Habis la kalau aku dapat benda ni. Cuci mata! Yeah!

Sila Klik: GELIGA LIPAN

*kemaskini pantas+malas tahap langit ke tujuh...

Monday, March 02, 2009

10 KG?

Aku bagaikan tidak percaya. Cuba mencubit-cubit pipiku agar terjaga (ayat tipikal). Ternyata aku memang di alam nyata.

Aku mencuba sekali lagi. Tak mungkin. Ianya baru lagi. Tidak rosak. Sudah dicuba berulang kali semasa membeli tadi.

Akhirnya aku terpaksa akur. Berat aku sudah turun. 10 kilogram. Bukan turun 10 kilogram. Tapi turun kepada 10 kilogram.

Ya! Berat aku 10 kilogram. Jarum penunjuk menunjukkan ke angka 10. Kenapa? Tidak percaya?

* aku edit ayat bawah ni... edit yang pertama...

Sila lihat alat timbang di bawah. Skala yang digunakan lebih kurang dengan alat timbang yang aku gunakan iaitu daripada 0 hingga 130 kilogram.

Sekali lagi aku tekankan. Gambar alat timbang di bawah ini sekadar untuk menunjukkan skala maksimum beratnya lebih kurang sama dengan skala maksimum alat timbang aku.

*aku tambah lagi la bagi semua orang paham... haih...

Jarum penunjuk bila aku naik: 10 KG

Maksimum: 130 KG

Maksudnya, jarum penunjuk dah pusing satu pusingan sebelum menunjuk ke angka 10: 130 KG + 10 KG = 140 KG

Ya. Berat aku: 140 KG

*minta2 la orang yang baca semua faham lepas ni... amin...

*klik la "show" tu ya!

Alat Penimbang:




Jarum penunjuk menunjuk ke 10 kilogram apabila aku cuba menimbang diriku. 10 KG!!! (Bukan gambar pengarang, cuma nak menunjukkan pengarang menggunakan alat timbang seperti itu.)




Bagaimana? Aku ringan bukan?

Sekali Arab Da...

Adegan 1:

Si Mohd. Polan melancong ke negara Arab. Di sana dia menyewa kereta. Tiba-tiba keretanya habis minyak di tengah jalan. Seorang Pak Arab datang.

"Kenapa kereta ini?"

(setelah dialih bahasa dengan suara ala-ala Sizuka)

Si Mohd. Polan tidak tahu bercakap Arab. Puas dia memikirkannya. Akhirnya dia mendapat satu idea.

"Sadaqallahula'zim..."

(sambil menunjukkan tangki minyak keretanya)


Adegan 2:

Si Mohd. Polan sampai di sebuah kedai. Dia hendak membeli sesikat pisang. Seperti tadi, dia puas memikirkan bagaimana dia hendak menanyakan dengan pekedai tersebut.

Tiba-tiba ada seorang Pak Arab datang ke kedai tersebut dan membeli sesikat pisang.

Dengan pantas Si Mohd. Polan pergi ke hadapan kaunter.

"Makmuman. Makmuman."

Sambil menunjuk ke arah Pak Arab yang membeli sesikat pisang tadi.

*yea! kemaskini pantas+malas! dan sila enjoy video di bawah ini ya! sila tukar jumaat kepada sabtu untuk pekerja2 sabtu... =op


Jumaat & Isnin