Thursday, June 17, 2010

Angker Ke Ni?

Malam itu. Aku berlari. Sangat pantas. Tidak seperti biasa. Wan Walkman di belakangku. Mengikut rapat.

"Cepat Wan. Sebelum tutup."

Langkah kami semakin laju.

Aku melompat. Rasanya lebih jauh daripada lompatan aku ketika sukan lompat jauh dahulu. Sempat menahan ia daripada tutup. Aku menolak keras dan ia terbuka.

Ramai. Itu sahaja yang aku mampu jelaskan.

Aku dan Wan Walkman menarik nafas. Hembus. Kemudian kami menari dan bersorak.

"GOLLL!!!!! GGGOOOOOLLLLLLL!!!!!!!"

"Ala, penalti boleh la."

Suara-suara sumbang penyokong Brazil kedengaran.

Aku dan Wan Walkman bergembira. Pasukan yang kami sokong, menang. Walaupun penalti.

World Cup 2006.

Final.

*ya... ini pasukan utama yang aku sokong... ITALY!!! tapi italy bermula dengan biase2 saja... harap mereka terus mara ke final walaupun dengan biase2 saja...

No comments: