Wednesday, January 26, 2011

The Last Stand of Johny Storm

"When you see Reed, tell him. Tell him this is where I made my stand."
.
.
.
"A billion to one. You think I'm afraid of that? You think I'm afraid of that?!"
.
.
.
FLAME ON!!!

.
.
.
.
.
.
.

"Oh, God. John..."

Sunday, January 23, 2011

Kamen Rider VS. Super Sentai

Kamen Riders: "Err... Kami pulang dulu. Assalamualaikum."

Friday, January 21, 2011

Sekali 1 Tahun VS. Sekali 1 Minggu

"Emo tul aku semalam."

"Apahal?"

"Ni la. Macha-macha semua ni. Bila time Thaipusam ni, main parking suka hati je. Yang effect nya kita! 2 jam atas jalan. Stuck!"

Kereta berhenti. Betul-betul di tepi jalan utama. Parking. Triple park.

"Kau parking sini je?"

"Daa... Solat Jumaat. Biasa la."

Tuesday, January 18, 2011

Lawyer? Loyar? Loyar Buruk?

KUALA LUMPUR - Seorang peguam Cina, Ng Kian Nam memohon maaf secara terbuka kepada semua umat Islam di negara ini atas kesilapannya meminta laungan azan di sebuah masjid berhampiran kediamannya di kawasan Bukit Kerinchi di sini diperlahankan.
"Setiap orang mempunyai kelemahan dan saya mahu meminta maaf kepada semua umat Islam kerana salah faham yang terjadi. Sebenarnya saya tidak tahu membezakan antara suara azan dan ceramah (kuliah subuh)," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Fakta:
- Azan 5 kali sehari.
- Kalau umur 20 tahun, bermaksud sudah 36500+ azan dilaungkan.
- Kediaman berdekatan dengan masjid.
- Ceramah di Malaysia masih menggunakan Bahasa Melayu.
- Seorang peguam pasti berpelajaran tinggi.

Soalan:
Masih tak boleh bezakan azan dengan ceramah?

Ralat: Fakta akan terbatal dengan sendirinya jika baru sehari duduk di Malaysia dan sijil-sijil yang didapati dibeli.

Monday, January 17, 2011

Rojak?

Maaf! Pos aku hari ini bukan pasal makanan. Cuba mengikut tema. Isnin. Bahasa.

"Dik. Sembangtoys ni tak boleh ni."

"Eh? Tak boleh?"

"A'ah! Kena guna nama lain ni."

"Err... Kalau jarakkan? Sembang Toys?"

"Kejap ya."

Gadis kaunter tersebut pergi bertanya kepada rakan sepejabatnya. Boss rasanya. Tapi yang pasti, bukan Sivaji the Boss.

"Sembang Toys jarak boleh."

Apakah?

Kejadian ini berlaku ketika aku ingin mendaftar nama syarikat. Mungkin tidak boleh kerana kombinasi Bahasa Melayu dan Inggeris. Tetapi ianya nama khas bukan? Betul?

Aku tidak faham. Tidak tercapai akalku.

*sebenarnya nak bagitau... n jemput korunk2 summer... datanglah ke kedai kami! mari!

Lokasi kedai, atas Station 1 Cafe (Uya Distro).

No. 26, Tingkat 1,
Jalan SS 15/8B,
47500 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
Penerangan lebih lanjut oleh Encik Amuro:
  • lokasi station 1 cafe dlm map ni dah salah so lokasinya yg btul adalah yg berwarna hijau tu (corner lot).
  • yg merah tu plak canai cafe (pon corner lot).
  • yg hitam besor tu medan selera/pasar ss15 (jgn confuse dgn medan selera yg dekat dgn taylor's/inti/metropolitan college tu ye).
  • yg biru tu plak restoran pelita.yg C tu adalah mcdonald's yg dekat dgn masjid & shell ss15 (jgn confuse dgn mcdonald's yg dekat dgn taylor's/inti/metropolitan college tu plak).

Thursday, January 13, 2011

Eksiden Sekadar Alasan

Beberapa orang bertanya padaku.

"Kenapa tak update blog?"

Di ruangan gosip di sebelah kanan blogku, 'cantekk' juga bertanya soalan yang sama maksudnya.

Boleh terima tak alasan aku kalau aku cakap aku tak kemaskini blog kerana aku eksiden?

Hari ini boleh kata sudah seminggu aku eksiden. Masih lagi bercuti. Cuti sakit. Ramai yang tanya padaku bagaimana? Kenapa? Mengapa? Siapa?

Hmm...

(menarik nafas dalam-dalam)

Kisahnya begini...

(menghembus nafas sambil pandang ke kanan atas)

Fakta: Apabila kita hendak mengimbau atau mengimaginasikan sesuatu, kita akan menggunakan otak kanan kita. Oleh itu kita akan secara tidak sengaja akan memandang ke kanan.

7 Januari 2010. Lebih kurang pukul 2 pagi.

Aku sedang memandu balik ke rumah. Baru sahaja melepasi Shell di Greenwood. Rumahku hanya dalam 2-3 minit sahaja jika berjalan kaki. Radio Hot F.M sedang memutarkan lagu 'The Aces'.

*tipu je tu... aku tak ingat lagu apa sebenarnya....

Dari Shell ke rumahku akan melalui lencongan ke kiri sedikit. Baru sahaja melepasi lencongan tersebut, ada seekor kucing melintas laju. aku mengelak sedikit sahaja. Tiba-tiba...

Kebabom!!!

*bunyi efek sekadar melebih-lebihkan cerita...

Aku terdiam. Terkejut. Enjin dan radio masih berbunyi.

"Aku langgar apa ni?"

Aku tidak nampak apa yang aku langgar. Muka ku basah. Aku lap. Darah. Badanku sakit. Dada. Tangan. Aku cuba mencari kacamataku. Tiada. Telefon. Tiada.

Lantas aku mengelap mukaku dengan baju dan keluar daripada kereta.

"Pergh! aku langgar lori trailer!"

Sebuah lori trailer di atas jalan. Atas. Bukan tepi. Lampu jalan tiada di situ. Gelap. Mungkin kerana itu aku tidak nampak lori trailer sebesar dan sepanjang itu. Ya. Sangat panjang.

Optimus Prime a.k.a Ginrai dengan trailer belakang ditambahkan lagi dengan God Bomber dalam cerita Transformers Masterforce pun tidak sepanjang itu.

Godginrai. Gambar sekadar perbandingan.

Tidak tahu bagaimana mahu memberitahu keluargaku, lantas aku berjalan kaki sahaja ke rumah. Ketika berjalan, kulihat cermin keretaku bersepai dalam 20 meter ke hadapan.

Aku rasa jika sesiapa terserempak dengan aku ketika itu, pasti lari atau membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Ya lah. Dah la Malam Jumaat. Aku pula berjalan dengan luka bedarah dan ada darah yang masih mengalir di muka.

"Mak! Tolong."

Itu ayat pertamaku setibanya aku di rumah. Dan rupa-rupanya, setelah kulihat cermin, kepalaku berdarah juga. Bukan hidung sahaja.

Dipendekkan cerita, 3 jahitan di kepala, tangan kiri berbalut, badan sengal-sengal dan cuti hingga sekarang. Aku akan sambung lagi akan datang dengan gambar-gambar yang eksklusif yang tiada disiarkan oleh media-media lain.

Bagaimana? Boleh dijadikan alasan atau tidak?