Monday, May 14, 2012

WAS IT A CAR OR A CAT I SAW

Sila lihat ayat ini.

"WAS IT A CAR OR A CAT I SAW"

Ayat di atas tidak salah dari segi tatabahasa atau yang sewaktu dengannya.

Cuba anda terbalikkan ayat tersebut dan susun semula. Apakah yang anda dapati?

*hints2... buang space!

Wednesday, April 25, 2012

Aku & Idea

Ada orang kata, aku sudah ketandusan idea.

Ramai orang kata, idea aku tidaklah sehebat mana.

Lebih ramai orang kata, baik aku tutup sahaja blogku ini.

Aku?

Aku tidak kisah. Hatta hanya tinggal seorang sahaja sekalipun yang meminati hasil nukilanku ini, maka akan kuteruskan demi beliau.

Walaupun sampai tiada seorang pun yang menyokongku. Akan kuteruskan.

Kerana aku sendiri masih setia menyokong diriku.

Di atas, kata-kata yang berbunga sahaja. Kata-kata yang lebih tepat...

"Suka hati aku la. Blog aku."

*hahahahahaha! akhirnya blogku kembali update!

Thursday, April 05, 2012

Saka or Sucker?

Minggu lepas. Sepupu ibuku datang ke rumah. Berubat. Didamping saka katanya. Aku? Seperti biasa. Nak menyibuk. Tapi kena cover-line.

Turun ke bawah kali pertama. Konon-konon membuat air.

"Aku dah kata aku tak suka datang sini."


Aku duduk minum. Habis. Naik.

Turun ke bawah kali kedua. Konon-konon mencari makanan.

"Jum la balik."

Sepupu ibuku bingkas bangun. Pantas suaminya menarik tangannya. Disuruh duduk kembali.

"Sah yang cakap tu bukan sepupu ibuku."

-----

Esok.

"Mak! Semalam tu benda alah tu kan?"

"A'ah! Time nak masuk berlagak."

"Berlagak?"

"Datang rumah ni lagi? Aku tak takut la."

Ibuku mengajuk kata-kata 'sepupu'nya.

*kenapa? bagaimana? apakah? seperti biasa... minggu depan ya!


Wednesday, April 04, 2012

Kembali!

Saya kembali dan akan cuba aktif seperti dahulu! Hari ini, anda semua boleh menjamu mata dengan melihat kecomelan anak saya yang diwarisi daripada saya!

Zaviyar Hazim