Thursday, August 11, 2011

Perihal Karak

Sebenarnya Karak ada dua jalan. Jalan lama Karak [KL-Bentong] dan Lebuh Raya Karak [baru].

Antara hantu yang pernah dikaitkan dengan Karak.
  1. Langsuir
  2. Budak Sekolah [merayau-rayau]
  3. Wanita Tua
  4. Bas Lama
  5. Penunggang Motor [kepala ada badan tak ada]
  6. Perempuan Bawa Anak [batu nisan]
  7. Pontianak
  8. Hantu Pocong
  9. Hantu yang Makan orang [paling popular]
  10. Volkswagen kuning
Mahu tahu kisah-kisah yang pernah berlaku? Kita nantikan... Akan datang...

Tuesday, August 09, 2011

Singa vs. Panda

"Tu dia. Tu dia"

"Ok."

"Oi! Singa! Rambut kau tak ikat..."

"Ni apa sekor lagi budak sekolah datang ni. Kau pergi buka cermin mata kau tu dulu."

"Erk!"

Panda terkesima. Tidak sempat menghabiskan ayatnya. Badannya kaku. Hinggakan Kura-Kura terpaksa menolak Panda untuk berlalu pergi dari situ.

"Haih. Si Penyu ni pun satu. Nak balas dendam, minta tolong nerd?"

*sambungan lawak korea semalam...

Monday, August 08, 2011

Singa vs. Kura-Kura

"Oi Singa! Nak gaduh pun, ikat rambut kau tu dulu."

"Hish! Macam gaduh ngan perempuan."

"Oi Penyu!"

"Kura-Kura!"

"Whatever la. Kau tu, kot ya nak gaduh pun, pergi la simpan beg sekolah kau tu dulu."

Kelihatan Kura-Kura berlalu pergi dengan rasa terhina.

"Takpe, siap kau Singa. Aku hantar rakan aku nanti."

Siapakah rakan Kura-Kura itu? Boleh kah dia memenangi Singa? Kita saksikan akan datang! Same time. Same channel. Stay tune!

*lawak ini diadaptasi daripada lawak orang korea...

Tuesday, August 02, 2011

Bersih 3.5

"Cikgu! Saya tak tahu la nak gosok gigi ke tak pagi tadi."

"Kenapa?"

"Kalau 'bersih', haram."

"Kalau 'kuning', kena tangkap!"