Monday, February 23, 2009

Filler Malas

1.Why isn't the number 11 pronounced onety-one?

2.If 4 out of 5 people SUFFER from diarrhea...does that mean that one out of five enjoys it?

3.If people from Poland are called Poles, then why aren't people from Holland called Holes?

4.Why is a person who plays the piano called a pianist, but a person who drives a racecar is not called a racist?

5.If it's true that we are here to help others, then what exactly are the others here for?

6.If Fed Ex and UPS were to merge, would they call it Fed UP?

7.Do Lipton Tea employees take 'coffee breaks?'

8.I thought about how mothers feed their babies with tiny little spoons and forks, so I wondered what do Chinese mothers use. Toothpicks?

Maka dengan selamba aku jadi pelumba kereta a.k.a racist!

What Makes A Malaysian A Malaysian

1. You can name all the players from the the English Premier League, but ask you to name one football player from Malaysia , one name also cannot come out.

2. When StreamyX come, you complain StreamyX too slow. When Maxis Broadband come, you complain Maxis Broadband always disconnects. When WiMax come, you complain Wimax too expensive. In the end, you say StreamyX still the best lah.


3. When toll price increase, you complain. When petrol price increase, you complain. When you go Starbucks buy RM10 coffee, NO COMPLAINTS.


4. When you cannot find parking in a shopping mall and have to walk very far, you complain. When you go inside the shopping mall and there's SALE , run from one end of 1Utama to the other also NO COMPLAINTS.


5. You are always late. And the excuse you give when you're late is always either: (a) traffic jam (b) no transport or (c) cannot find parking.


6. You have a parent who force you to take science stream in high school, study engineering in Uni, then when you graduate, they ask you to forget everything you learnt in Uni and do commerce.


7. You know someone who can specially develop an angmoh accent when speaking to a American / British / Australian.


8. You complain against the government in kopitiam, you talk loud loud. Leave anonymous comments on blogs, you also talk loud loud. Attend ceremah by DAP, you shout loud loud. Then when Opposition organise a protest and ask you to go, you dun wan. Scared later kena tangkap by ISA.


9. Every year on the 30th April, you are one of the people below queueing up last minute to submit your tax return at the IRB.


10. When you pay RM10 for something that costs RM1, you blame the Chinese.

11. When a government service is too slow, you blame the Malays.

12. When a building is not good and collapsed, you blame the Indians.


13. When a Chinese student won a scholarship, you say 'Wah! Very clever hor?'

14. When a Malay student won a scholarship, you say 'Aiya! Of course lah! He Malay mah!'


15. When an angmoh stranger kiss you on the cheek to say hello, you very happy. When a Malaysian guy kiss you on the cheek to say hello, you slap him.

Thursday, February 19, 2009

Kena Tindih a.k.a Sleep Paralysis

Janganlah kite ni selalu tuduh hantu le, jin le....tahyul semua tu.Fenomena kene tindih...kepercayaa n dan kebenaran..
just to share... aku baca segmen pengalaman menyeramkan dalam book and readings, byk sgt orang dok citer pasal pengalaman kena tindih ni....... betul ker kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu?

Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan seluruh badan,hujung jari, terasa berat kat dada...nampak mender2 pelik2 (hantu, makhluk hitam dan sebagainyer) ....
kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena....aku pun jujur pernah ade pengalaman kena 'tindih' ni masa skolah menengah dulu...aderla dalam 3-4 kali jugak....masa tu aku sedar...boleh bukak mata separuh..... aku tau aku sedar...tapi takleh gerak...kadang2 geram, sbb takleh gerak.....pastu 5 minit baru leh gerak....aku dulu pun takut...mmg ingat kena hempap dah...lps boleh gerak tu seram sejuk jer... tapi, setelah aku masuk U belajar pasal tubuh badan manusia (medic Student lah katakan) ..... baru la aku tau kebenaran dia.... ni aku nak citer sket pasal fenomena hempap/tindih atau nama medical nyer 'sleep paralysis'

Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur'...adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara). . ... temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis)

ok, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement.... .waktu nyenyak ni, bijik mata kiter gerak2) stage.....otak akan bagitau badan kita suruh rehat...so, badan kite kira macam switch off kejap....REM atonia (tader muscle tone)......

ok, otak kiter pun ader switch off button....dipanggil reticular activating system RAS.......bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni...so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jer yang on....kirenyer screensaver laaa or hibernate... so,, bila kita bangun, RAS switched on balik......kita sedar fully awake state....tapi kadang2, electrical signal tak diactivate kan oleh otak suh switch on balik badan kiter.... maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika... before otak activate balik....mmg menakutkan tapi benar.... tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full..kadang2 partial atau sebahagian jer...tu ader yang boleh gerakkan ibu jari, tp badan lain lumpuh etc....
Satu lagi, sleep paralysis ni selalu jugak datang skali dengan hallucinations( halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak mender bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa mender sentuh/hempap dll..)

Sebab2 atau mender2 yang boleh mentrigger sleep paralysis:
1. tidor dalam posisi terlentang terlalu lama
2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)
3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidor la ni...penat sgt)
4. stress yang byk kat otak...masalah keluarga, kewangan bla2
5. pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung, kayuh beskal....heheh extreme sgt contoh aku ni)
6. orang yang ader penyakit narcolepsy

aku kata # So jangan lagi kata kena hempap ngan hantu.. Korang lagi hantu sebenornye.. .......tapi kalau korang yang terutamanaya kaum wanita tu kalau celik jer mata tiba2 kena tindih dek laki jangan la korang baca ayat Kursi tu..nanti tebakar lak laki..bacalah Alhamdulillah! !!!

*redeyes daripada sembangtoys memaksa aku menyiarkan karya ini... itupun dia curi daripada rakan dia... sesiapa yang mempunyai karya angker lain boleh la email kepadaku...

Wednesday, February 18, 2009

Kenapa?

Sebuah kereta hitam yang dipandu laju di sebuah jalanraya yang sunyi. 150 km/h. Lampu kereta tidak dihidupkan. Ketika itu juga tiada bulan dan bintang.

Jalanraya tersebut mempunyai satu lorong sahaja. Pokok-pokok di kiri kanan jalan besar dan rendang. Tiada lampu jalanraya.

Seorang lelaki berpakaian serba hitam sedang jalan di tengah jalanraya. Di hadapan kereta tersebut.

Tapi tidak tahu bagaimana, kereta itu boleh mengelak lelaki tersebut daripada dilanggar. Kenapa ya?

*kemaskini pantas! sila jawab di komen... dan harap sesiapa yang dah tahu jawapan... boleh komen lambat2 sikit ya... tak pun... korang jangan baca komen2 lain...

Tuesday, February 17, 2009

Faksimiliti

"Eh, camana nak guna mesin faks ni ek?"

"Ala, kau follow je instruction kat situ."

"Aku dah buat dah. Tak jadi."

"Jum aku tengok kau buat camana."

Aku dengan malasnya bangun. Tengah layan Kamen Rider Kiva the Movie ni.

"Mana?"

Rakan sepejabatku pun mengikuti instruksi faksmiliti yang tertera di dinding.

"Hah. Kan sama aku buat tu. Ikut instruction tu kan?"

"Betul la tu. Dah faks la tu."

"Eh? Dah faks? Habis tu apsal kertas yang aku nak faks tu ada lagi? Bukan patut sampai sana ke?"

Ketika ini aku telah pun mengangkat kaki kananku ala-ala Kamen Rider Kiva ketika hendak membuat Rider Kick.

Sila lihat klip di bawah untuk melihat gaya aku ini. Saat yang kelima.



Gambar sekadar hiasan.

*kemaskini pantas+malas!

Monday, February 16, 2009

Wanita Hari Ini

Tadi aku berym dengan sasapudin. Biasalah. Gosip. Apa lagi kalau dah kami berym.

Topiknya dirahsiakan. Tapi ia mengingatkan aku kepada satu kiasan yang dibuat khas untuk wanita. Cuma aku tidak berapa ingat sangat.

Wanita ketika 18 tahun ibarat bola sepak.

- Dikejar oleh 22 orang lelaki.

*aku start 18 tahun pasal time ni tak kena sebat dah.

Wanita ketika 20 tahun ibarat bola tampar.

- Dikejar oleh 12 orang lelaki.

Wanita ketika 22 tahun ibarat bulu tangkis.

- Dikejar oleh 2 orang lelaki.

Wanita ketika 24 tahun ibarat bola ping pong.

- Ditolak atau direject antara 2 orang lelaki.

Wanita ketika 26 tahun ibarat bola golf.

- Dihantar atau dibuang jauh-jauh. Lagi jauh lagi bagus.

*sesuai juga dengan tema bahasa aku hari ni kan? aku cut short je... malas nak detailkan... patut panjang lagi... kepada wanita2 semua... peace... sekadar suka... aku tidak begitu... aku penchenta wanita... dun worry... wink2!

Friday, February 13, 2009

Jumaat 13

Ada kepercayaan orang yang mengatakan bahawa, ketika 13 haribulan jatuh pada hari Jumaat, kita tidak boleh melakukan atau berlaku 3 perkara. Jika kita lakukan atau berlaku juga 3 perkara tersebut, kita akan ditimpa malang.

Perkara-perkara tersebut:

1. Memecahkan cermin
2. Kucing hitam melintas di hadapan kita
3. Lalu di bawah tangga


Kejadian pertama:

Pang!

"Wah! Fuad! kau pecahkan cermin?"

"Terjatuh dowh."

"Habis la. Habis la."

"Apsal?"

"Hari ni friday the 13th dowh. Kau pecahkan cermin."

"Erk!"


Kejadian kedua:

Ketika melalui koridor untuk ke kelas.

"Eh, petang ni kau ada game ek?"

"A'ah! Lawan M.C.Gay.Gay."

Tiba-tiba, seekor kucing bewarna kelabu melintas di hadapan kami.

"Erk! Habis la Fuad. Kucing hitam melintas dowh."

"Kelabu la."

"Ada hitam kan badan dia."

Fuad terdiam seribu bahasa.


Kejadian ketiga:

Ketika sedang naik ke kelas. Kami akan melalui tangga yang berpusing.

"Eh! Ni kira kita lalu bawah tangga la kan?"

Fuad senyap sahaja. Malas hendak ambil peduli.


Kejadian keempat:

"Eh! Kau tak main ke Fuad?"

Aku lihat Fuad tidak memakai jersi ragbi lagi. Padahal ahli pasukan ragbi yang lain semuanya sedang memanaskan badan.

"Kau punya pasal la. Psycho aku."

"Apahal aku pulak?"

"Kau tengok jersi ragbi aku ni."

Sambil menunjukkan jersinya yang bernombor 13.

Gambar sekadar hiasan.

Wednesday, February 11, 2009

Cikgu Yang Marah ~Bab 1~

Sedutan kisah lalu:

Hajime:
Cikgu Yang Marah ~Prolog~

Yoshz:
Cikgu yang marah (prologue)
Cikgu yang marah (chapter 1)


Malas betul aku nak ke sekolah hari ini. Tapi tiada alasan untuk tidak menghadiri kelas. Semua alasan telah digunakan. Nampaknya aku kena mencari alasan lain untuk akan datang.

Sekarang kelas Bahasa Melayu. Cikgu Ahmad Jais atau lebih dikenali dengan Cikgu John.

Fakta: Diberi gelaran Cikgu John sempena John Travolta di dalam Saturday Night Fever.

Aku, Made dan Nanu duduk di belakang tengah kelas.

Fakta: Nanu = budakyangmatang@yahoo.com. Tapi sekarang tidak digunakan lagi emailnya.

Cikgu John memang malas mengajar. Selalunya dia akan beri alasan.

Flashback

"Ah! Saya migraine."

Kami di belakang menahan gelak. Kami bayangkan Cikgu John di atas pentas dengan lampu disko semua lengkap. Memegang kepalanya dengan bergaya. Sambil kaki kanan mengikut rentak muzik disko.

"Kita ke library. Jum!"

Kami menahan gelak lagi. Hampir tersembur. Kali ini kami bayangkan Cikgu John sedang menunjukkan ke arah pusat sumber dengan gaya mencucuk langit.

"Jum!" (dalam imaginasi pengarang & rakan-rakan)

Tapi, kali ini Cikgu John tidak masuk kelas. Lagi seronok. Kalau dia masuk pun biasanya kami sendiri mencadangkan pergi ke pusat sumber.

Aku bosan. Yoshz tiada di tempatnya, iaitu di barisan hadapan. Dia ingat boleh jadi pelajar cemerlang la kalau duduk barisan hadapan. Pendidikan Islam dalam percubaan SPM pun dapat C6.

*nantikan kisah C6 ini di pos akan datang... itupun kalau yoshz tak pecah lubang or pos kisah ini kat blog dia...

Aku pun susun buku tinggi-tinggi dan terus menyamar beruang berhibernasi. Tiba-tiba aku terjaga kerana mendengar suara Cikgu John.

"Hassanul mana? Mana dia?"

Bersambung...

*hari ini angker di tangguhkan untuk memberi laluan kepada pos khas... pasal yoshz dah buat chapter 1... so aku teruskan saja ngan bab 1! nantikan sambungannya... bila yoshz dah buat... baru aku buat... so... pergi paksa yoshz!

Cikgu Yang Marah ~Prolog~

Ketika sekolah dahulu, kelas Bahasa Inggeris dibahagikan mengikut tahap pencapaian individu. Aku memang tidak hebat. Set R. Walaupun jika menonton wayang, semestinya bukan wayang tempatan. Mana kelas tonton cerita Melayu.

Cikgu kelas Bahasa Inggerisku, Mohd. Nor Hashim yang dikenali sebagai Cikgu Arbo, menyuruh kami, set R, membuat satu karangan bebas.

Fakta: Arnab + Botak = Arbo

"Mamat! Yoshz! Tolong aku buat karangan omputih ni."

Mereka berdua hebat. Golongan elit kelas Bahasa Inggeris. Set S.

"Ah! Takmo a. Kau buat sendiri."

Yoshz malas. Pasal dia tengah main 'bola railing'.

Fakta: Bola railing, sejenis sukan yang dimainkan di railing koridor depan dorm. Ala-ala badminton yang menggunakan kaki dan bola sepak. Sampai kini ia tiada official rules.

*itu je sukan yang dia reti... sukan lain? bukan reti pun si yoshz ni...

"Tah! Buat a sendiri."

"Boleh a. Boleh a."

Setelah dipujuk dengan air A&W Root Beer dan Snickers seorang satu, mereka bersetuju untuk membantu aku.

Jalan cerita yang kami buat, mengisahkan tentang kami 'fly' dan dikantoikan dengan Cikgu Mohd. Nor Hashim. Kantoi kerana aku tertanggal seliparku yang tertulis namaku di atasnya ketika melarikan diri daripadanya.

Fakta: Fly bermaksud keluar malam secara curi-curi.

Di dalam karangan tersebut kami membuat Cikgu Mohd. Nor Hashim seperti satu karakter yang jahat ala-ala syaitan.

Hasilnya? Aku dapat markah yang agak tinggi daripada karangan tersebut.

Bersambung...

*pos ni... kira daripada pov aku... sila baca blog yoshz untuk menghayati kisah ini daripada pov beliau... kalau nak tahu isi karangan tersebut... sila request kat made...

Tuesday, February 10, 2009

Rihanna Masuk OIAM?

Hasil ber ym dengan sasapudin, aku telah diberitahu bahawa artis kesayangannya berjaya melepasi audisi 'One In A Million'. Aku pun terkejut macammana beliau boleh lepas. Lihatlah audisi ini.



Marilah menyokong beliau.
[muntah darah+mulut berbuih+kelar tangan+yang sewaktu dengannya]

*peace sasapudin!

Maklumat penting. konsert Rihanna dibatalkan. Sumber daripada http://thisskiss.blogspot.com. Sila warwarkan kepada orang ramai. Paling kurang 20 orang. Jika tidak, anda akan tidak bernasib baik selama seminggu.

*selambe aku wat fitnah+bidaah...

Friday, February 06, 2009

Buku Telefon

Dahulu, aku guna hotlink. Maka, biasalah jika kehabisan kredit. Yang akan menjadi mangsa, rakan sebilikku Wan Walkman.

"Wan! Nak satu message!"

Wan memberikan aku telefonnya. Aku ingin menghantar sms kepada ayahandaku.

"Eh! Wan! Apsal lain ni?"

"Lain apanya?"

"Ni ha. Apsal dalam phone book kau, nombor phone abah lain. Dalam phone book aku nombor phone abah lain. Abah pakai dua telefon ek?"

Aku menunjukkan nombor telefon abah di dalam telefon aku dan telefon dia.

Telefon aku: Abah - 019*******

Telefon Wan Walkman: Abah - 012********

"Abah kau! Lahabar!"

Saat itu, kurasakan yang badanku melayang-layang.

*pantas! nak tambah lagi... baru chat dengan rakanku... rakan kepada rakanku ini... kira 2nd degree friend a... letak nama abah dia dalam phone... BAPA! menarik bukan?

Thursday, February 05, 2009

Tag Angker?

Tag daripada Acik Oren. Nasib baik kena dengan tema angker hari ini.

"so dengan ini wa tag sesape pengamal santau mahupun pencari hantu terutamanya Mr blind, incik Hajime dan lu smua yang tau sape sape yang boleh menelek nelek pasal saka ni..sila jawab tag wa..wa nak bawak adik wa g berubat..wa cuti minggu depan…kasi up satu entry…"

Hari itu aku baru juga membincangi dengan rakanku yang tidak perlu disebutkan namanya tentang saka. Dia ada saka. Datuknya yang membela 'benda' tesebut.

Sedikit yang aku ingat dalam perbincangan hari itu:

  • Hanya tuan empunya sahaja yang boleh membuang saka.
  • Saka akan mencari pengganti tuannya di dalam keturunan tuannya sendiri hatta bukan sedarah daging sekalipun. Contohnya menantu.
  • Memecahbelahkan keluarga. Ini kerana setengah pihak di dalam keluarga tidak akan mengakui atau percaya tentang saka ini. Jadi mereka akan menuduh yang pihak mangsa menuduh yang bukan-bukan pada ayah, datuk atau yang sewaktu dengannya.
  • Banyak perkara pelik akan berlaku. Contohnya, wujud di atas lantai dan dinding seperti tapak kaki. Lantai dan dinding itu retak ya.
Berikut laman-laman web yang menceritakan tentang saka:


Aku juga pernah berhadapan dengan situasi saka. Pemain drum aku terkena saka sejurus selepas membuat persembahan atas pentas. Boleh tak?

Apa-apapun, memang sesuai dengan namanya. Saka memang suck! So long suckers!!!

*tiada gambar angker untuk kali ini... pasal aku sedang menaip ini di rumah bersendirian dengan hujan lebat dan petir sambar menyambar di luar...

Wednesday, February 04, 2009

Duit

Kehidupan di asrama dahulu sangat menarik. Salah satu yang aku tidak boleh lupa, apabila salah seorang dapat duit belanja daripada ayahnya, semua yang lain akan dapat. Kita juga tidak risau langsung pasal duit. Telefon saja ayah. Settle...

Berikut, adegan-adegan yang aku masih ingat.

***********

Adegan 1:

"Ayah aku masukkan duit!"

"Yeah! Jum main game esok!"

Secara serentak semuanya bersorak.

***********

Adegan 2:

"Siapanya turn minggu ni ek?"

"Aku sudah!"

"Ah! Kau belum!"

"Ye la. Jap lagi aku call bapak aku."

"Yeah!"

Kedengaran sorakan beramai-ramai.

***********

Adegan 3:

"Yoshz! Pinjam 10 sen. Aku nak buat magic."

"Magic apa?"

"Dengan 10 sen ni, dia akan beranak jadi RM 50."

Sambil memasukkan duit ke telefon awam. Lama aku berdiri di depan telefon awam sambil memegang gagang telefon. Beberapa minit kemudian.

"Yoshz!"

"Apsal?"

"Berapa nombor phone rumah aku ek?"

***********

Adegan 4:

*adegan yang aku tidak boleh lupa


Aku dan Yoshz ke mesin ATM Bank Simpanan Nasional.

Sebelum itu, dahulu, duit keluar dulu sebelum kad. Setelah dikaji sifat manusia, barulah bank-bank menukar turutan iaitu kad keluar dulu baru duit.

Yoshz memasukkan kadnya dan memasukkan nombor pin dan jumlah duit yang mahu dikeluarkan.

"Pergh! Awex! Pukul 7 kau Yoshz."

"Mana?"

Yoshz menoleh ke belakang. Ketika itu, duit Yoshz keluar daripada mesi ATM tersebut. Aku mengambil dan menyimpannya.

"Mana?"

Yoshz memandang ke arah mesin ATM kembali.

"Dia dah masuk kedai tu dah."

Ketika itu kad bank Yoshz dan resit keluar. Yoshz mengambil dan menyimpan kedua-dua kad dan resit. Kami bergerak menuju ke stesen bas.

"Yoshz! Duit kau tadi mana?"

Yoshz cek kembali dompetnya.

"Eh! Takde a. Tadi tak keluar kan? Aiseh! Jap aku nak gi bank tu balik."

Yoshz cuak. Berlari-lari anak ke bank. Aku tak sampai hati meneruskan lakonan aku. Aku mengejar dan memberi kembali duitnya. Ketika itu, tiba-tiba aku rasakan yang pipiku panas, pedih dan yang sewaktu dengannya.

Rupanya aku terkena 'Tamparan Panda' peringkat ke tujuh.

Yoshz dalam imaginasi pengarang.

*tapi tu a... sekarang baru aku dapat nampak kesusahan ayah nak membesarkan kita... sob2...

Tuesday, February 03, 2009

Sila-sila...

Sila baca blog rakanku, Yoshz. Silalah mencari aku di gambar ini.

Pasukan Bola Keranjang.

Sila baca blog rakanku, Jojoe. Khas untuk para 'pemboikot'.

Sila baca ini juga!

*klik la "show" tu ya! then kalau font kecik... tekan ctrl + '+'!






Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu Mengapa Yahudi Bijak?? Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, 搃a, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak?Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ... tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara
Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ?perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.
Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia , jika anda ke Jakarta , dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

FINISH.






Akhir sekali, sila layan lagu ini.



*maaf! aku sedikit tidak sihat... aku nak merubah...