Tuesday, December 30, 2008

Azam Tahun Baru?

void Azam()
{
. int Tahun, Lahir;
. string Azam, Azam_Tahun_Lepas;

. Tahun = 2009;
. Lahir = 1981;

. Azam = "Azam saya pada tahun ini"
. Azam_Tahun_Lepas = "Azam saya pada tahun lepas!"

. while (Tahun>Lahir)
. {
. . Azam = Azam_Tahun_Lepas;
. . Tahun = Tahun -1;
. }
}

*amacam? ok dok programming aku... ade salah dok? tah camane aku xleh letak 'include' n 'cout'... so pandai2 la ye... siape yg tak paham... sile bgtau ya!

Pramugari Terlampau

"Bila besar nanti kamu semua hendak jadi apa?"

"Ustaz!"

"Doktor!"

"Arkitek!"

"Cikgu!"

"Pramugari!"

Suasana sepi seketika.

Dialog ini berlaku di Sekolah Menengah Agama Rawang antara ustazah dan anak-anak muridnya.

Sekarang, gadis tersebut berjaya menjadi seorang pramugari. Beliau kakak iparku.

*betulkan? akak kepada abang ipar aku kira akak ipar kan? tapi memang selambe la dia... salute2...

MAS
Air Asia

*walaupun air asia lebih seksi... tapi aku lagi suke mas! kebaya tu... bagaimana dengan anda?

Monday, December 29, 2008

Awal Muharram Bila?

2 minggu yang lepas.

"Weh, kau amik cuti dok?"

"Bila?"

"Minggu new year nanti."

"Oh! Amik2!"

"Berapa haribulan yang leh amik cuti tu ek? Awal Muharram berapa haribulan ek? New year khamis kan? Boleh sambung terus kan? Awal Muharram ke new year?"

"Pergh! Banyaknya soalan kau. Dah la Awal Muharram pun tak tau bila? Sello la."

"Bila?"

"1 Muharram la. Muharram ni bulan pertama dalam kalendar Islam. Bu..."

Aku tidak sempat menghabiskan ayatku. Badanku sudah melayang-layang.

*update pantas... sempena cuti awal muharram... mana ada orang kerja hari ni? tul dok sasapudin?

Friday, December 26, 2008

Kapal Terbang

Adik-beradik Wright, Orville dan Wilbur, dikatakan orang pertama yang berjaya mencipta kapal terbang iaitu pada 17 Disember 1903. Hasil daripada kejayaan mereka, sekarang kita dapat ke mana-mana dengan pantas.

Anda boleh layari http://en.wikipedia.org/wiki/Wright_Brothers untuk mengetahui lebih lanjut tentang mereka.

Peperangan Trojan berlaku sebelum Adik-beradik Wright mencipta kapal terbang. Anda boleh layari http://en.wikipedia.org/wiki/Trojan_War untuk mengetahui lebih lanjut lagi.

Apa kena-mengena antara dua kejadian ini? Sila lihat gambar di bawah.

Achilles

Ketika peperangan Trojan, sudah ada kapal terbang? Jadi, adakah Amerika menipu kita lagi seperti fakta Neil Armstrong menjejak kaki ke bulan?

Tuesday, December 23, 2008

I Am Iron Man

1. Do you think you’re hot?

hot a... aku bukan spesis reptilia... aku spesis karnivor...

2. Upload your favorite picture of you


3. Why do you like that picture?

ah! kachak bukan?

4. When was the last time you ate pizza?

pizza? aiseh... tak ingat a... kalau gula2 bentuk pizza leh kira dok?

5. The last song you listen to?

v-u-den - issai gassai anata ni ageru (best... sile tonton...)



6. What are you doing right now besides this?

programming... aku nak enable commport... stuck dowh... demmit betul...

7. What name you would prefer besides yours?

takde... hazim noh dah best dah... kalau nama panggilan lain la...

8.People to tag

1. yoshz
2. carol
3. darkk
4. made
5. tny

9. Who is number one?

rakan 15 taun... dia sangat hebat bloging... pergi la blog dia... jadi fan...

10. Number three is having a relationship with?

tah... lily kot... ya darkk?

11. Say something about number five?

ah! dia suka makan... blog dia pasal makan je... n dia menarik... saya nak ajak dia dating... (kaber balik pas kutuk)

12. how about number four?

no 4? rakan 15 tahun juga... dia kata dia mengolour komik cicakman sambil bercucuran airmata...

Isian Semula

"Selamat datang. Makan sini ke?"

"Eh! Tak. Makan kat sana."

Sambil menunjukkan ke arah tempat duduk yang kosong. Gadis kaunter tersenyum simpul.

"Ya bang. Nak order apa?'

Ketika ini aku ingin menjawab seperti di dalam cerita 'Gila-gila Remaja'.

*Saya nak mata awak! Hidung awak! Pipi awak!

Tapi aku kuburkan sahaja hasrat itu kerana tiada rakan disebelah yang akan menyampuk seperti di dalam cerita tersebut.

"Saya nak set burger 'Kekayaan dan Kemewahan' satu."

Nasib baik dia cepat tangkap. Aku rasa gadis ni pembaca setia blog encik darkk25. Setelah membayar, aku bergerak ke meja rakan-rakanku sambil mengomel.

"Bapak mahal burger ni sekarang. Dolu-dolu aku rasa macam 10 ringgit lebih sikit je. Sekarang, pergh!"

Tapi apakan daya. Aku dah mengidam. Bayar pun sudah. Belasah sudah.

Tengah syok melayan burger 'Kekayaan dan Kemewahan', seorang lagi rakanku sampai dengan bungkusan KFC di tangan.

"Apakah?"

"Dah aku tengok semua burger. Macam tak kenyang je. Aku belasah la pergi beli kat KFC."

"Oh! Belasah sudah."

Aku pun memang suka. Pasal KFC ada Pepsi. Aku lebih suka Pepsi daripada Coke. Tapi, yang aku suka kat McD ni, air boleh tambah semula.

Beberapa minit kemudian.

"Weh. Gi la refill."

"Duh. Aku ke?"

"Ala, pergi a."

Sudah dua orang memaksa aku. Maka aku mengambil dua bekas minuman dan pergi ke kaunter.

"Refill ek. Coke."

Gadis kaunter memandang aku sambil tersenyum.

*Minah ni dah terpaut dengan kechumelan aku ke ni?

"Yang tu boleh. Tapi yang lagi satu tu, KFC ada kat sebelah sana."

Dia menunjuk ke bekas minuman yang kubawa. Aku memandang bekas minuman yang ku bawa.

*Dem! Bekas minuman KFC yang diorang bagi.

"Err, memang la. Ni jap lagi saya refill kat sana. Saya nak refill yang ni je."

Kali cover line aku tidak cukup cemerlang seperti kejadian Dunkin Donuts. Kedengaran seperti sekumpulan syaitan sedang gelak jauh di satu tempat.

Aku? Aku sedang memasang alat untuk aku membuat RIDER KICK.

Exceed Charge...

KFC. Bukan McD.

*sile nengok kamen rider 555 di bawah... serius best...


Monday, December 22, 2008

Power Rangers Malaysia?

Raihan Rangerz

Apakah?

Aku tabik kepada Raihan kerana membuat cerita beragama seperti ini untuk kanak-kanak. Tetapi kenapa RANGERZ? Kenapa perlu seperti CicakMAN? Kamus Dewan Bahasa sudah tiada perkataan ke untuk mengalih bahasa perkataan-perkataan tersebut?

Haih...

*maaf! update pantas yang konon2nye emo sempena tema hari ini... n kerja aku setle! yeah! esok dengan senang hatinya aku demo kat big boss!

Friday, December 19, 2008

Siapa Emo?

Casper. Rakan sekolahku. Nama yang chumel bukan? Tapi tolonglah jangan membayangkan dia seperti Casper.

Dulu kami suka menyakat dia. Lagipun dia memang suka kutuk orang. Tapi bila kami mengutuk dia. Dia bengang. Sehinggakan ada sampai satu ketika, kami mengutuk dia secara impak maksima. Dia marah pun secara impak maksima.

"Relaks Casper. Kitorang main-main jer. Jangan emo."

Budakyangnakal bersuara. Ingin meredakan keadaan.

"SIAPA EMO?!!!"

Casper menengking kami, sambil menghentak meja di hadapannya, menendang kerusinya, menumbuk laju dinding dan berlalu pergi. Meja patah. Kerusi bengkok. Dinding retak.

*Daa... Perlu ke aku bagitau dia, siapa yang tengah emo?

Casper, bukan wajah sebenar.

*ini boleh dikatakan update pantas... aku sebenarnya nak mendescribekan dengan lebih detail pasal casper ni... tapi tak sampai hati... mungkin budakyangjahat boleh explain lagi detail...

Thursday, December 18, 2008

Boyarque Rebirth (director's cut) ~18PL~

Citer pasal naik motor malam ni, teringat citer member aku kat UUM Sintok.

Satu malam tu, kat pekan ada pasar malam. SO malam lepas isyak, member aku nih konvoi la ramai2 dgn galaxy konvoi....eh....dgn kengkawan dier. Ada la dalam 5-6 bijik motor kot.

Aku tak tau la ni, tapi masa tu ( around 1993-1995 ), jln dari UUM ke pekan jauh ke dalam, takdak lampu, hutan kiri kanan. Lepas depa habih shopping, makan2, kaco awek....diorang pon balik lah.

On the way, bcoz motor campur2, ada z, ada panther, ada rgv, ada cup, diorang bawak la selow2 sambil nyanyi2 atas motor. Tgh dok syok layan lagu apa2 ntah...BRRIIANNNG!!! :orider: ....motor paling last sudah potong diorang la. Member aku bengang la, kata nak konvoi ramai2, alih2 ngelat. takper aa kater dier, pilantak aaaa!

tiba2, 2-3 bijik lagi belah! PREENNGGG...MOOTMOOOOOT!! :orider: :orider: :orider: Ni apahal lakni? Masa motor2 yg kat depan tadi tgh bingung ni lah, mamat yg bonceng kawan aku ni tepuk bahu member aku, "Sham, belah Sham! Belaaaaaaahhhhh!!!" jerit dier panik. Kawan aku nih terkezut pounyer pasal terus tepulas throttle makz....Geng2 motor lain pun apalagaaaa, FOLLOOOOOWWWW!!! BALIK CERITAAAAA!!!...

:oomg:

Nak tau apa jadi...

Motor last yang mula2 belah tadi rupa2nya nyaris terlanggar kapla org tengah jalan. Yang ngerinyer tu, lepas dia elak, KEPALA TU BERGOLEK IKUT BELAKANG, LAJU LAK TUUUU....

Depa pon x sedar bila kepala tu hilang, yg penting masa tuh, muka Pak Guard kat gate UUM tu jadi manusia paling hensem dalam doniaaaaa... =D

*director's cut ni... (padahal malas nak edit)

Wednesday, December 17, 2008

Keluarga Kuching

Pernah terfikir tak? Harimau dikira sebagai keluarga kucing. Singa juga. Kalau sesiapa yang tidak tahu, boleh tulis nota sekarang dan selalu-selalulah menonton 'Discovery Channel'. Jangan asyik menonton hiburan sahaja.

Kenapa tidak dikatakan kucing adalah keluarga harimau? Kenapa dipanggil harimau bintang? Harimau kumbang? Bukan singa bintang? Kucing bintang?

Tetapi boleh pula dipanggil kucing hutan. Kenapa tidak dipanggil harimau hutan?

Yang pasti, singa laut, ada. Harimau laut juga ada. Kucing laut? Nampaknya berlaku pelakuan sifat racist di laut.

Anda tidak percaya ada harimau laut? Sila lihat gambarnya.

Harimau Laut 001 (james bond pun no 007)

*update pantas dengan ketandusan idea...

Tuesday, December 16, 2008

Pandu Lalu

0800. Aku sedang dalam perjalan pulang dari KLIA. Lapar. Aku terus teringat restoran pantas yang akan ku lalui nanti. Dolu-dolu aku sering ke situ apabila pulang dari KLIA. Ya, dolu-dolu aku diberikan tugas menjaga projek di KLIA.

"Ah! M!"


Aku sudah nampak papan tanda restoran pantas tersebut. Aku terus susur ke kiri dan pergi ke laluan pandu lalu.

SILA BUNYIKAN HON ANDA

"Eh? Kena bunyi hon?"

Pin!

Bunyi hon keretaku yang malu-malu alah. Seorang gadis datang ke arahku.

"Ya encik. Nak order apa?"

Aku melihat menu yang ditampal di dinding.

*Eh. Mana Sausage Mc Muffin ni.

Sekadar bercakap di dalam hati. Aku lihat menu yang ada lain. Sangat berlainan. Sekali aku ternampak papan tanda restoran pantas tersebut.



*Dem. Drive in Dunkin Donut ni. Bukan McD.

Dengan selambanya aku cover line.

"Takpelah cik. Saya pusing kereta jap. Rasanya macam nak makan dalam kedai la lepas tengok muka cik adik yang manis ni."

Gadis itu tersenyum malu.

Haih... Macammana la aku boleh tersilap berhenti ni. McDonalds sebelah sana. Sini Dunkin Donuts. Nasib baik la aku berjaya cover line dengan cemerlang.

Monday, December 15, 2008

Lapang atau 8?

Kuala Terengganu. Di sebuah rumah. Sebuah keluarga ingin pergi bersiar-siar. Malangnya mereka hanya mempunyai sebuah kereta Kancil. Tetapi keluarga mereka seramai tujuh orang.

"Gane ni? Dok muak ni."

Si abang bersuara setelah 5 orang sudah berada di dalam Kancil tersebut.

Tiba-tiba kedengaran satu suara kecil.

"Adik tahu!"

"Nape?"

"Lening kite ade tujuh. Kite tamboh se gi baru LAPANG!"

*so dah lapang... boleh la muat diorang semua...

Saturday, December 13, 2008

Jaguh Tak Pernah Kalah

"Jum a main bowling. Aku dengar kau tak pernah kalah main bowling."

"Mana kau dengar cerita ni. Tapi memang betul pun, aku tak pernah kalah main bowling ni."

Sedikit riak dan takkabur.

"Pergh! Serius ek? Aku pun ingat rumors je. Rupanya betul ek?"

Aku blushing.

"Kalau camtu jom la. Main bowling."

"Takmau a."

"Jum la. Aku belanja."

Aku masih menggelengkan kepala.

"Camni la. Member 20 tahun."

Dia cuba mengungkit yang kami sudah lama berkawan. Siap tambah lagi 5 tahun. 15 tahun sebenarnya.

"Jum la."

Sambil dia terus pergi ke kaunter. Kemudian dia kembali kepadaku.

"Aku dah bayar dah untuk kau."

"Dem."

Aku terpaksa juga akhirnya. Aku pergi ke kaunter untuk mengambil kasut dan kami bermain bowling. Setelah habis bermain.

"Cilakak! Kau kasi can kat aku ek?"

Rakanku tidak puas hati.

"Mana ada!"

Aku menafikannya.

"Habis tu? Apsal kau kalah dengan aku? Point main snooker pun lagi tinggi."

"Betul la. Aku mana pernah kalah."

"Habis tu? Apsal tadi kau main teruk gilak!"

"Ya, aku tak pernah kalah. Sekarang, aku pernah kalah sekali je main bowling ni."

"Maksud ko?"

"Aku baru main sekali je bowling ni. Tadi tu first time la. So, before this memang le aku tak pernah kalah. Tak pernah menang gak. Dah aku tak pernah main. Kira betul la aku jaguh tak pernah kalah sebelum ni."

Tiba-tiba aku rasa sesuatu hinggap di dadaku dan badanku melayang-layang di udara.

*dem... sekarang aku dah pernah kalah... tapi aku still kalah sekali je main bowling...


Bukan gambar aku tercampak. Gambar sekadar hiasan sahaja.

Friday, December 12, 2008

Tig Tag Toe

Tag daripada Cik Olen

Rule 1

People who have been tagged must write their answers on their blogs and replace any questions that they dislike with a new question formulated by themselves.

Rule 2

Tag 6 people to do this quiz and those who are tagged cannot refuse. These people must state who they were tagged by and cannot tag the person whom they were tag by continuing this game by sending it to other people.

1. Do you have secrets?

yup! secreto democracy!

2. Would you fall in love with a guy/gurl younger than you?

ah! skang pun mude ape... ops!

3. Do you enjoy going to college?

yeah babeh! now... agak rindu gak a...

4. What would you do with a billion dollars?

ayat biasa... bagi sedekah... amik sikit... pastu wat persenyawaan... bagi beranak pinak....

5. Will you fall in love with your friend?

can2...

6. Which is more blessed, loving someone or being loved by someone?

being loved by sumone! coz kalau loving sumone ni... byk mende abih... being loved by sumone... byk mende kite dapat! =op

7. List 5 current favourite songs:(for now)

siren - cermin
siren - selamanya
siren - ketagihan cinta
siren - bintang merah jambu
siren - cinta (kau & aku)


8. If the person you secretly like is already attached, what would you do?

bior jer... ade jodoh kalu ade la... tp sentiase dekatkan diri dgnnye...

9. List 5 favorite TV shows

house
friends
heroes
90210
desperate housewives


10. Do you have any regrets?

no... ape dah jadi... jadi le... kite stil xtau kalau mende tu jadik... leh bawe kebaikan! tul dok?

11. Would you be the person that you are if you were to be reborn?

off course...

12. What do you want the most at the moment?

biase la... duit... duit bukan segalanya... tp segalanya perlukan duit!

13. What kind of person do you think the person that tagged you is?

saye taktau... leh bagi saye no phone? leh saye kenal lebih dalam... wink2!

14. Would you rather be single and rich or married but poor?

single n rich! kat kl ni... kalau ko married but poor... nanti ko jadik single gak...

15. What is your favourite color?

itam merah! gothic2... (padehal xtau maksud gothic sebenar)

16. Would you give all in for a relationship?

sile tanye kepade sesape yg ade realtionship dengan saye...

17. If you fall in love with two persons simultaneously, which one would you choose?

rilek... baru dua... aku ade empat kekosongan occay...

18. What are the top 5 bands that you listen to or love?

siren
siren
siren
siren
siren

19. Name 3 things you would like to do but never able to.

aku nak gi angkasa lepas n apply jadi green lantern
nak lepak santai ngan inhumans kat bulan
mengkaji lautan sambil mencari atlantis (aku tak reti berenang)


20. People I have tagged

aku taktau sape yg dah kene tag or buat... so sesape yg bace ni... n x buat lagi... sile buat!

Thursday, December 11, 2008

Boyarque Revolution (trilogi) ~18PL~

KES 3:

Tarikh: 1999, kerja di TM Touch.
Lokasi: Rumah bujang teres 2 tingkat, corner lot, USJ 6 (depan metro).
Masa: 0100-0230

Masa tu malam minggu, hujung bulan, poket kosong, memember keluar pegi makan lah, pergi cybercafe lah, pergi snooker lah. Aku segan nak bebankan memember aku, so aku lepak seorang diri di rumah, alasan aku dah makan (cover line).

So, 1 am aku menonton astro. Rumah bujang, tiada perabot, TV pun main letak atas lantai. Sedang aku sedap meniarap sambil berlenggeng, tetiba bunyi loceng pagar.

"Ting tong!"

Mula-mula aku ingat memember dah balik, so buat derk je lah. Lepas 4-5 kali bunyi, aku pun hairan.

"Takder kerja ke bebudak tu."

Aku jenguk keluar.

"Aik? Takder sapa pun?"

Aku call member aku, kot-kot dia saja buat lawak. Alih-alih dia jawab dia kat cybercafe lagi, siap ada bunyik "MAN DOWN!" kat background, diikuti bunyi sniper rifle.

Mesti anak-anak jiran buat kacau ni. Aku pun sambung menonton astro, Seinfield. Bila bunyi lagi, aku dalam hati dah maki-maki. Terus aku lari keluar, konon-konon mahu sound bebudak tu. Tapi sampai di gate. Sunyi.

Aku masuk rumah balik, tengah syok layan Seinfield.

"Ting tong!"

Aku masa tu tengah meniarap, dan dengan tiba-tiba, datang bunyi bingit di telinga, diikuti dengan tingling sensation. Yang lawaknya, masa tu aku sempat fikir lagi.

"Ala, kena kacau lagi."

Dengan nada pasrah, dan right on cue, satu badan aku kejang. Aku sempat taip sms kat memember aku suruh balik cepat, emergency!

The bell keep on ringing sampai la kereta memember rumah aku sampai depan gate. Terus senyap. Aku tanya memember aku masa sampai tadi ada nampak sesiapa dekat gate. Mereka menggeleng. Esoknya baru aku cerita apa yang berlaku kat memember aku.

Tuesday, December 09, 2008

Heroes

Semenjak kebelakangan ini, aku merasakan seperti ada sesuatu yang berlaku pada diriku. Adakah ini kerana gerhana matahari yang berlaku hari itu?


Aku tidak dapat memastikan punca dan apa yang berlaku pada diriku. Aku cuba memejamkan mata untuk memberhentikan masa. Tapi tiada apa yang berlaku. Aku cuba membaca fikiran rakan sepejabatku. Tetap tiada apa yang berlaku.

Tapi aku pasti aku mempunyai abiliti yang baru kerana aku asyik bermimpi satu benda yang pelik berulang kali. Gerak hatiku mengatakan ada sesuatu berlaku pada diriku.

Akhirnya tadi, ketika aku sedang menulis untuk pos ini, aku menjerit.

"Yaatttaaaa!!!!!"

Aku sudah tahu apakah abiliti aku. Aku berjaya menulis pos ini tanpa melihat papan kekunci.

Nama: Hajime
Abiliti: Menaip pantas tanpa melihat papan kekunci

Harry Potter?

"Weh, tengok harry potter jom!"

"DVD?"

"Wayang a."

"Wayang? Dah keluar ke yang baru?"

"Dah! Aku dengar semalam kat radio."

"Eh? Serius? Sebentar aku check internet ya."

Beberapa minit kemudian, kedengaran satu jeritan.

"RAIDA KICKU!!!"

(rider kick dalam sebutan orang jepun)

Kemudian kelihatan satu tubuh melayang dan terperosok di bawah meja.

"Apakah?"

"Dey! Hari Puttar! Transporter 3 la."

"Ye ke? Mana aku tahu. Aku dengar Potter je."

Sambil membersihkan bekas tapak kasut di baju.

Gambar diambil di internet, bukan di wayang ya.

Thursday, December 04, 2008

Boyarque Reloaded (trilogi) ~18PL~

Untuk sesiapa yang tidak mengikuti bahagian pertama Boyarque Trilogi, sila klik sini... KES 1

KES 2:
Konvo UITM Shah Alam adik aku. Aku numpang rumah cousin kat seksyen berapa ntah...tapi rumah teres yg dekat2 flat.

Malam tu jam 8 hujan renyai2, tapi biase jer, luar pon lampu terang, siap rumah depan ada bebudak bujang dok lepak2 sambil main gitar lagi.

Cousin2 aku sumer kuar dating, aku time tu awek jauh, so layan tv la sensorang. Pasang citer Starship Trooper ( vcd pirate...gihgihghigih ), sampai part hero pojek ngan awek dia dalam khemah tu, aku terperasan bilik master bedroom yg bertutup ( coz cousin yg nih balik kampung ) ada bunyi cam ayaq bumbung bocoq..tiktiktik...

Aku pon dgn selamber pi carik baldi kat bilik ayaq dapuq, konon2 nak pi tadah ayaq, nanti basah lak...Aku pon bukak pintu bilik depan dan tercari-cari kat siling mana yg bocoq. Nak jadi cerita, during all these, cuma lampu ruang tamu jer yg terbukak. Yg lain, termasuk bilik ayaq dan bilik depan tak pasang ( maleh punyer pasal...lalalala )

So, cari punya cari dlm gelap tu tak jumpa lak part mana yg bocor, tapi bunyi tu ada lagi, makin kuat lak tu. Aku pon kekonon Daredevil try carik pakai pendengaran, follow bunyi tu sampai pintu almari kain depa. Pastu baru aku perasan, setiap kali berbunyi, setiap kali tu jugak pintu lemari tu bergetar...

Masa tu aku tak pikir apa2pun, cuma mcm ter'blank' jap. Aku heran apa yg buat bunyi dari dalam lemari tu...so aku terpikir dalam kepala " Tah kucing mana2 kot depa sorok dalam ni....". Terus satu bunyi me'ngiow' yang jelas tapi mendayu, seolah-olah kucing olok-olok, bergema dalam bilik tu....dan diikuti suara ketawa beramai-ramai yang bunyinya sungguh "Out Of This World"....x tau camna nak describe bunyi ketawa tu tapi mmg takder aku dengar sebelum dan sesudah tu...

Yang bestnyer aku masa tu boleh jadi bodo jap, mcm caya x caya, tapiiii...lepas bunyi berdesing kat telinga, dan tengkuk pon tingling 2-3 macam..aku dgn cuma berpelikat, tanpa baju, terus meloncat terpa pintu depan...apa nak jadi, jadilah...yg penting aku musti kuar dari rumah tu coz bunyi ketawa tu tak habih2 lagi..

DAMN, tombol pintu sangkut!!!! Cam citer hantu org putih lak...and all the while aku langsung tak pandang belakang walaupun bunyi ketawa tu mcm memanggil-manggil aku utk take a peek.

Dalam kepanikan menendang-nendang pintu, baru aku realise, tombol tu boleh turn one way jer!!! DEM LAGIK!! Cepat2 aku turn it the other way...and BANG! Aku tendang terbukak pintu dan meloncat kuar, selipar pon dan sambau sebelah....jer.

Cut story short, rupa2nyer cousin aku dah biasa dgn 'benda' tu, pantang dia jgn tutup pintu master bedroom. Aku ni ingat respek privacy tuan rumah pi la tutup....ceshhh!!!

*update pantas lagi... maaf! n sile menggigil ya!

Wednesday, December 03, 2008

18 SX

Suatu pagi seorang anak yang baru masuk sekolah primary bertanya kepada daddynya.

"Daddy! Daddy! Sex tu apa, daddy?"

Terkulat-kulat si ayah. Terfikir dia tentang arus kemodenan zaman sekarang yang membuatkan manusia berfikiran terbuka, termasuklah anak-anak yang masih kecil. Sesuai dengan konsep pendidikan seks yang sedang hangat dibincangkan, mulalah si ayah mencari-cari jawapan yang sesuai dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan moden.

Maka si ayah pun memberikan jawapan secara mengkiaskan kumbang dan bunga,telur yang yang menetaskan berudu dan seterusnya menjadi katak, hujan serta benih yang mencetuskan tunas, diikuti dengan pembentukan bayi dalam kandungan.

Sebelum mengakhiri jawapannya itu, si ayah menyelitkan pula kisah percintaan antara dia dan mamanya sejak dari zaman sekolah menengah lagi hinggalah kepada kelahiran seorang bayi comel iaitu si anak yang bertanya itu. Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak. Si ayah kehairanan.

"Eh kenapa ni?"

Si ayah bertanya kehairanan. Si anak masih juga menangis.

"Jawapan daddy tu panjang sangat, tapi tempat nak tulis jawapan ni pendek. Daddy ajalah yang tulis, waaaaa!!!!"

Kata si anak lantas menyerahkan buku latihan Bahasa Inggerisnya yang pada muka depan tertulis....










NAME: ............ ......... ......... ....
SCHOOL: ............ ......... ......... ....
CLASS: ............ ......... ......... ....
SEX: ............ ......... ......... ....

*update pantas daripada aku... aku sekarang ada training di Brickfield selama 3 hari!

Tuesday, December 02, 2008

Siri Bercakap Dengan Kereta

Pagi yang hening. Ketika sedang memanaskan enjin kenderaan.

"Eh! Honey 'lapar' ek?"

"Honey nak 'makan' apa hari ni ek?"

"Nak yang tempatan?"


"Tak nak?"


"Seafood ok ek?"


"Ok."

Sambil menuju ke arah Shell.


Monday, December 01, 2008

Negeri Foto!

Klik! Klik!

"Kau ni tak habis-habis ambil foto la."

"Ala, bukan rugi apa-apa pun. Banyak lagi space."

"Ini la kelemahan kamera digital."

"Apa?"

"Tidak akan berhenti ambil foto."

"Jealous la tu."

"Aku rasa kau kena pergi negeri ni la. Pasal kau suka ambil foto.

"Uik? Negeri?"

"A'ah! Negeri ni."



YEE PHOTOSTATE a.k.a Negeri Foto Yee